Hadiah Perpisahan Dari Hai-O

Posted on the October 30th, 2011 under Sukan by admin

Gol kemenangan Negeri Sembilan jaringan veteran sensasi, Hairudin Omar pastinya terpahat indah dalam memori penyokong Hoben Jang Hobin, sama ada yang hadir menyaksikan final di stadium, atau memberikan sokongan dengan menonton di depan kaca TV.

Namun, dalam tak sedar, gol itu juga merupakan gol terakhir dan hadiah perpisahan Hai-O buat Negeri Sembilan, apabila maklumat daripada sumber rapat memberitahu beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad juara Piala Malaysia itu, sebaliknya memilih untuk menerima tawaran lumayan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini adalah situasi sama yang berlaku ketika Hairudin menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2009, untuk membantu Negeri Sembilan muncul juara – ketika itu dia beraksi sebagai pemain pinjaman dari T-Team, dan masa depannya bersama Negeri Sembilan masih samar-samar, sebelum dia kemudiannya pantas dipancing Kelantan untuk saingan musim 2010.

Pada usia 32 tahun, jarang ada pemain yang mampu memainkan peranan sebagai pemain tonggak, kebanyakannya sekadar menjadi pelengkap senarai pemain. Kalaupun bermain dalam kesebelasan sekalipun, tidak mampu memberikan impak besar.

Berbeza dengan Hairudin, dengan jaringan 8 gol dalam saingan Piala Malaysia, membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya masih belum pudar, seterusnya menjadikan Hairudin veteran paling dikehendaki dalam Liga Malaysia ketika ini.

Hairudin pemain kelahiran Setiu, merupakan bekas pemain kebangsaan, yang turut pernah beraksi bersama Terengganu dan Pahang. Kepada Hairudin, apa jua keputusan diambil, sama ada kekal menabur bakti bersama Negeri Sembilan, atau berhijrah ke pasukan lain (ATM), Selamat Maju Jaya.

Suara Sukan Anda



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/people/Mohd-Faizul/100001244613153 Mohd Faizul

    kta tdak blh memakse beliau,scara pemain profesional adalh hak seorg individu memilih kerjaya msing2…

  • http://www.facebook.com/people/Mohd-Faizul/100001244613153 Mohd Faizul

    pemergian hairudin atau lbh di kenali hai-o utk menyertai atm adlah hak individu,kta tdak blh memakse beliau utk menyambung kontrak,presiden pbns dsu mohamad hassan psti merasai kehilangan hero negeri sembilan utk thn 2011

  • askar gurkha

    patut la atm xnaik2 gaji bayar gaji kat org awam plak..