Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011

Posted on the December 8th, 2011 under Tempatan by admin

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

Di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik  http://www.islamituindah.my/cara-solat-sunat-gerhana-bulan


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Mangkuktingkatdua

    wow

  • Pingback: Gerhana Bulan Penuh Sabtu 10 Disember 2011 | Ahmad Noraznizam

  • Anonymous

    Video asal boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?v=WpMj7B_V96E (bersama dengan anotasi)

  • http://www.facebook.com/people/Andi-Hariyadi/100000319462096 Andi Hariyadi

    Subhanallah, Gerhana bulan menjadikan kita lebih dekat pada-Nya

  • Azlina

    Fenomena alam yang luarbiasa cuma sebahagian kecil daripada kekuasaan Allah swt. Maha suci Allah.

  • Nurmasitahm

    dunia akhir zaman
     

  • Fazil Darus

    subhanallah

  • Wisegallery

    pe masitahm ni.. nape dunia akhir zaman lak.. gerhana bulan da wujud sejak berjuta2 tahun dulu…

  • Wajahseri

    solat sunat gerhana bulan berjemaah

  • http://www.facebook.com/people/Norashikin-Binti-Daud-Nor/100001926453436 Norashikin Binti Daud Nor

    kejadian alam…

  • Mujahadah_firdausi

    sedarlah,kerdilnya kita sbg hamba-Nya..gerhana bulan adlh tnda kebesarannya!

  • Nanaliliy_90

    its my befday…subhanallah…..ALLAH MAHA ESA….

  • sia twinkle

    Subhanallah…Allahu Akbar…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000226824882 Alauyah Abdillah

    subhanallah

  • tamu

    akal cetek macam longkang

  • SYAZWAN

    jangan lupa solat sunat khusuf

  • Nabila_atirah

    subhanaallh…cntik la ciptaan tuhan..allah hu akbar

  • GERHANA BULAN PURNAMA

    BETUL LAH TU…. dunia akhir zaman…. KENAPA TAK CAYA YAAA !

  • GERHANA BULAN PURNAMA

    TAK KAN… DUNIA BARU MULA KOT ! lol….

  • GERHANA BULAN PURNAMA

    TAK KAN… DUNIA BARU MULA KOT ! lol….

  • http://www.facebook.com/ramli.darus Ramlee Darus

    subhanallah

  • Zha6657

    Subhanallah…maha suci ALLAH..

  • Miasaradayana

    yeah!besok kan!;)

  • Mexists

    salah satu daripada petanda kiamat

  • Zahraputrikarmila

    subhanaallah

  • umi syafiq syafiqa

    setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat2 mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat2 berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat…itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar…kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat2 berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pd hari lain ada org talqinkan atau org bimbing kita tetapi tidak pd hari tersebut…kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara…so jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dgn cepat. tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jgn sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini…

  • KomenPelik

    lorh… gerhana mcm nie pon dunia akhir zaman.. otak letak mana?? 

  • Isniaina

    subahanallah ….Amazing

  • arief2773

    Subhanallah..sungguh ini satu ciptaan Allah,sebagai ingatan buat hamba2-NYA..seperti yg sy pernah baca dan dengar,Rasulullah melarang umatnya memikirkan yg bukan2 tentang gerhana,ini kerana ada antara umat sewaktu dengan baginda menyalahkan kejadian gerhana atas kembalinya kerahmatullah salah seorg dari anak lelaki Rasulullah,kalau tak salah yg bernama Ibrahim yg meninggal diwaktu gerhana..kalau nak kata akhir zaman,atau kiamat,tak payah tunggu gerhana..sekarang ni pun rasanya dah lengkap tanda2 kecil pun..

  • arief2773

    tanda2 terakhir sebelum berlakunya kiamat,matahari terbit dibarat dan terbenam ditimur..dan akan terdengar hingar bunyi tiupan sangkakala..betul ke gerhana tu pun salah satu tanda2nya?..ada ustz2 boleh terangkan?..

  • Ciksom

    subanallah….

  • Pitrey_gurlz

    umi..boleh bgtau tak..dari hadith mana tu :D nak tau..n nak buat sbagai simpanan :)

  • Malayaianhumanity

    dulu sewaktu saya masih kecil saya selalu tertunggu2 gerhana ini sebab sangat jarang gerhana berlaku mungkin 3-4 tahun sekali baru berlaku tapi sejak ahkir2 ini banyak sekali gerhana berlaku…kenapa ya adakah ini petanda kiamat sudah sangat dekat??

  • Tok Mat

    BODO…. otak jahil ! Tu lah tak belajor ugama Islam… itu tanda2 akhir zaman lah…BONGOK.

  • Alya Helmi

    Subhanallah

  • Haz

    huhu.. diorang xtahu tu.. fed up gak bce komen diorang.. korang2 g lah bce sal petanda2 kiamat. haisy -.-

  • Pingback: Gerhana Bulan Penuh 10.12.11 - Solat Sunat Khusuf | yanmieonline.com

  • Tok Mat

    Tu lah yg dikatakn org jahil tentang agama…. Puak2 Zaman JAHILLIAH kot. wkawka…

  • http://www.facebook.com/people/Ross-Vs-Wee/100000513110830 Ross Vs Wee

    SubanAllah…Kuasa Allah Yg mencipta segala2nya Yg Ada Di Muka Bumi Ini..

  • Drillers_80

    sedih aku bila ader org yg berilmu ingin berkongsi ilmunya dgn org lain.. tp ader pihak yg mempertikaikannyer.. ini pon tnda2 akhir zaman gak..

  • Nazlina52

    saya sukung pitrey…mohon umi tok respon n share sumber yg umi dpt

  • Ms

    Biasanya bala bencana akan datang secara tiba2 di mana saat itu terlalu ramai yg yakin mereka akan sentiasa aman. Malah ramai yang meminta2 agar segera ditunjukkan bukti. :D :D

  • Sekadar peringatan.

    Bentuk mukabumi malaysia akan berubah.. Jaga2 terutama penduduk pantai barat. Jaga orang selangor, melaka, batu pahat, jb, dan singapura. Sebahagian daratam MUNGKIN akan lenyap. Tapi ini baru intro. Hati2 JANUARI 2012…….

  • Hamsar_91

    mmng cantik…

  • Eyramaslira

    سبحان الله.. maha suci Allah. takutnya aku ni ya Allah.

  • Ketutartawan

    sook tau.. kayak Tuhan aja kamu…..!! ngaca dulu…loe bukan Tuhan saudara…..

  • RUBY34

    salah satu kekuasaan Allah S.W.A,,,,,,ALLAHUAKBAR…

  • faqiru ilallah

    otak letak kat kepala…hati2 dgn percakapan wahai saudaraku yg dikasihi..setiap yg ALLAH jadikan adalah sebagai satu peringatan dan ujian untuk ummat manusia ,jgn leka wahai saudaraku..dunia ini da x lame tp Allah masih sayangkan hambaNya dgn menurunkan peringatn2 agar hambaNya segera bertaubat..’Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Pengasih… 

  • miss_unknown

    saudara,ianya bukan lah untuk mmpertikai ilmu yang dikongsikan,cumanya..jika ad sumber yg sahih contoh drpd Al-quran,hadis dan nas,ianya lebih kukuh dan mudah diterima oleh orang lain dan juga boleh dijadikan rujukan orang ramai.kalau kita nk menentang msuh islam,jika hanya berkata-kata tanpa ad hujah dan bukti yang sahih,ianya akan di tolak mntah2.

  • insan biasa

    mereka yg x tahu perlu diberi penjelasan/nasihat dgn cara yg baik,x perlu mengeluarkan perkataan yg kurang menyenangkan krn ia akan mengaibkan diri sendiri..wallahua’lam

  • Tok Mat

    Dah banyak  penjelasan/nasihat dgn cara yg baik kat atas tu, Baca le…… 

  • Sadawangi

    ilmu itu bukan setakat cerita (dongeng), tapi kena ada asas, darimana ia di ambil, kita dilarang bertaklid buta..kena tahu qur’an dan sunnahnya…

  • Zaf4our

    ya Allah ya tuhanku padamu aku bersujud dan padamu jua aku berserah………………

  • hamba yg kerdil

    Peristiwa dgn kebesaran Allah…sebagai peringatan kepada yg lalai…

  • bry

    hu tak sbr nie….

  • http://www.facebook.com/people/Mohd-Hafidz-Mohd-Nasir/1590494320 Mohd Hafidz Mohd Nasir

    xnmpak pom -.-

  • Aqidpucaa89

    ish…nmpak la….nie tga tgk……bln..tp awan lindung 2 bulan

  • Aqidpucca89

    betul ka skrg……..x nmpak pun…………..bulan dilindungi awan skrg nie…jd x brape nmpak???????????

  • Pingback: Gerhana Bulan Penuh Di Sunatkan Solat Kusuf - Video

  • Putra_8234

    ini lah kuasa Tuhan Yang Maha Esa

  • Noorahayu_91

    MOHON COPY NYA YAA… :)

  • Aienas

    subhanallah….MAHA SUCI ALLAH SWT….

  • yanthi roose

    Subhanallah..Alhamdulillah Lailahailallah Allahu Akbar…

  • Kenot

    Hello people, don’t you all know that gerhana bulan happens every year? Its just that it could only be seen at some places at a time. Don’t you all learn science? Kiamat day will happen whether there is gerhana bulan or not.

  • Mukmin

    ya Allah… cantik sgt gerhana bulan td.. Alhamdulillah kerana di beri kesempatan untuk meihat sendiri keajaibanMu Ya  Allah….

  • Ashryaf97

    subahanallah……….

  • Azika

    napelah kowng pasal nie pun nak gaduh p nak jdi pe2 pun kte trima semua nie…

  • Azika

    napelah kowng pasal nie pun nak gaduh p nak jdi pe2 pun kte trima semua nie…

  • Atyomar

    Subahanallah!