Gadis campak bayi dari tingkat 3 flat

Posted on the September 17th, 2012 under Tempatan by admin

PETALING JAYA – Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.

Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.

Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.

“Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.

“Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa,” cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • eMhawie As’ad

    pertanda bahwa zaman sudah bener-bener berada di puncak akhir

  • Pingback: Gadis kilang campak bayi direman — Harian Metro Online

  • Norycuteoct_love

    bencilah…. baca berita mcm nie…. knplh kejam sgt!!! YA ALLAH xsggup nk tgk byi tu even tru paper….

  • Serizawa

    Bertudung tapi takde pegangan agama..kalau malu sebab ada anak luar nikah…malu dlu sbb buat maksiat..masa buat sedap..dah ada “hasil” malu..beringtlah..ni la akibat takde akal fikiran yg waras..

  • http://www.facebook.com/nurzaimajlaa.airulaiman Nurzaimajlaa Airul Aiman

     kejam sgguh dia.!! apa kh x ad rsa kasih wlaupun sekelumit pd anak yg tlh d kandungikn’ya s’lama 9 bulan??! masa b’cinta m’madu kasih x da d ingat risiko yg kn t’jd. pa yg dingat hanya k’seronok kn dn k’manisan sahaja tp s’lps itu akibat’ya diri sndri yg m’nanggung apa yg tlh d laku kn b’sama.   B’tudung..m’jth kn imej sahaja. Hmmph. B’tudung X b’tudung sama sahaja. klau sdh m’laku kn p’kara s’bgitu ia ttp m’jth kn Maruah diri dn Keluarga. Bgitu jua dgn yg b’tudung dn x b’tudung ttp m’rasa kn tempias teguran dn cacian Umum akibat p’buatan segilintir manusia yg hanya ingin kn Keseronok kn sahaja.

  • Whiterosse82

     Btul tu sy setuju ngan apa yg di tulis…nape la dia sanggup lakukannya…if xnak bby tu pun xyah la sampai nk campak dari atas bangunan…bg kt sesiapa yg nk anak…apa salah bby tu…memang xberhati perut langsung…memang geram sgt dgr berita cmni…biar la Allah sahaja yg membalasnya…ALLAH HuA’LAM…..

  • QAY8802

    gila kah? xda agama ka? bodoh!

  • kaseh&cinta

    kesian bayi tu..kenapa dia tak fikir masak2..9bulan bayi tu dlm perut dia boleh bawa.tak kan dia tak sayang..

  • Rockstar7045

    Yang wanita ni sah akan didakwa dan dipenjara. Yang pasangan nya pulak, jangan kasi lepas. Sekurang-kurangnya dakwa dia di Mahkamah Syariah untuk kes persetubuhan haram. Binatang pun tahu menyayangi anak. Dia ni lebih bodoh daripada binatang.

  • Sayang

    tempatmu disyurga nak… itu sudah pasti…

  • badaQ

    memang sial la pompuan nie..bg malu bangsa jer..mse tgah “high”   ko tak hengat..skang nie..sakit kau mngandung 9 bulan…anak tu ko buang campak..kalo ko taknak..bagi la kat org lain..ko nie kan..ptt di rejam sampai mampos…!!!

  • badaQ

     aok..nang juak bodo rompuan ya..mn xmok coba berik ngn urg nak xda anak ya oo..
    nak ka gila nama cmya..

  • Nurfatinfaizal

    Kenapa ada manusia bodoh n kejam mcm ni,lebih hina dr binatang…..patut campak ja pompuan tu mcm dia campak bayi tu..biar dia rasa mcm mana sakitnya bayi malang tu…Tkda hati perut punya manusia

  • A_nordiana

    org yg nk anak punya la berusaha nk dpt anak. dia yg ada ank,buang ank yg x berdosa akibat maksiat yg dibuatnya.