Filem silat tembusi pasaran AS

Posted on the April 26th, 2012 under Luar Negara by admin

JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.

Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini.

Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.

Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia.

“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.

“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.

Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.

Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.

Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.

Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Amynurhidayah1726

    selepas ni jgn indon claim seni silat ni hanya berasal dr negara mereka sahaja sudah la.. sudah byk terjadi sblm ni kes perebutan budaya.. 

  • hanyalah orang indonesia

    emangnya silat malingsia apa…???bukanya kami orang indonesia mgclaim silat dari negara kami,bukan….tapi memang dari buyut2 kami trdahulu silat sudah ada….mohon mf jika hal sperti ni jadi perebutan buat anda orang malingsia….jika anda ingin memilikinya silahkan….tapi kami orang indonesia telah menguasai lebih dahulu daripada anda…..

  • http://www.facebook.com/noorshafinazarshad Shafinaz Arshad

    puih!!!… kami, melayu pun m’nguasai silat dr ribuan tahun lampau….. kami m’gunakan silat untuk m’pertahankan tanah air & maruah kami (terutamanya gadis), cuma apa yg pasti silat gayung itu memang dari indon, tapi kebanyakan silat lain dari tanah melayu (semenanjung malaysia)…

  • sibatunisan

     @facebook-1639966874:disqus
    wkwkkwkwk woooooooooow ribuan tahun yang lalu di Semenanjung Malaysia ??? … Dahsyat!!!

    Semenanjung Malaysia => istilah ini baru dengar, mungkin muncul sejak tahun 2000 Masehi.
    Semenanjung Melayu aka Malaya => istilah ini pertama kali dipakai pada tahun 1930an.
    Semenanjung Malaka => istilah ini kemungkinan ada sejak tahun 1400 Masehi ketika Prameswara lari terbirit-birit meninggalkan Sumatera.

    Melayu sebagai sebuah “nation-state” pertama kali wujud pada tahun 400an Masehi di Jambi, Sumatera, yakni Kerajaan Melayu atau Mo Lo Yoe dalam catatan Cina dan dalam kitab Hindu Purana pada zaman Gautama Buddha (sekitar tahun 100-200) terdapat istilah Malaya dvipa yang bermaksud tanah yang dikelilingi air.
    ========
    maka,  “ribuan tahun lampau” oleh Melayu mana, sejak kapan dan di mana ???

  • akuanakmelayu

    benar..tapi negara bangsa melayu wujud 6000 s.m apabila manusia dari HIMALAYA berhijrah ke nusantara yakni tanah malaysia kini atau kepulauan indog…melayu d ambil semepena nama tmpt hi’MALAYA’…jdi bangsa kita sma2 wujud..jgn jdi bodoh sejarah…

  • bersatu

    WAHAI SAUDARA-SAUDARA KU DARI MALAYSIA DAN INDONESIA..MENGAPA ISU INI HARUS DIPERBESARKAN? ISU HAK DAN EMPUNYA ADAT DI KEDUA-DUA NEGARA MEMANG TIDAK MEMBAWA APA ERTI BAGI KITA KERANA KITA BERASAL DARI SATU RUMPUN YANG SAMA..JADI BUAT APA MAHU DIPERBESARKAN? SEPATUTNYA KITA BERSATU BIARPUN KITA TERDIRI DARI 2 NEGARA YANG BERBEZA..DI LUAR SANA ORANG-ORANG YAHUDI DAN KRISTIAN KETAWA MELIHAT KEBODOHAN KITA…

  • http://www.facebook.com/noorshafinazarshad Shafinaz Arshad

    tu, baca tuh komen akuanakmelayu… ya dulu bangsa kita 1… kita ada budaya yg sama tapi x semua silat datangnya dari Indon… silat ada pelbagai jenis.. Melayu sudah wujud ribuan tahun lampau. Mereka berhijrah di merata tempat termasuk Indonesia. Dulu Indon pon Melayu tapi sekarang tak semua Indon itu Melayu kerana cara hidup berubah2 termasuk agama…. Hanya sebahagian Indon saja yang Melayu….

  • Jelas Kagak

    untungya indonesia punya berbagai suku, jadinnya bisa mengerti apa itu perbedaan dan indonesia memiliki semboyan “bhineka tunggal ika” ,,,
    indonesia itu kan g hanya didiami etnis melayu, g kaya kalian malaysia yang hanya di diami etnis melayu sedangkan yang lainya pendatang …
    cobalah menghargai perbedaan, toh walaupun kalian mengklaim atau apalah, tetep keaslian ada di tempat asalnya  ,,,,
    mending mah banyakin ibadah aja,,,, daripada saling klaim  sana sini ,,,

  • http://www.facebook.com/ammdin.dinz Ammdin Dinz

    memang hebat film ni..adegan ganaznya agak realistik..
     

  • Xdeapa2ye

    malingsia..
    indon
    indon
    indon
    indon
    indon

  • Xdeapa2ye

    indonsial
    indonsial
    indonsial

  • mohd shaffik

    maaf ckp kebanyakan org indonesia tdk tahu sejarah nusantara kerana sejarah itu disorok oleh penjajah dan membuatkan kita bergaduh..tahniah kerana berjaya mengembangkan silat dimata dunia
    malaysia + indonesia=muhajirin + ansar..