Fatwa tutup kedai ketika waktu solat akan dikeluarkan

Posted on the April 16th, 2012 under Luar Negara by admin

JEDDAH: Majlis Fatwa Arab Saudi dijangka mengeluarkan fatwa mengenai menutup kedai ketika waktu solat, sedikit masa lagi.

Ia menyusuli kenyataan kontroversi seorang ulama tempatan yang mendakwa perbuatan menutup kedai ketika waktu solat sebagai bidaah.

Fatwa berkenaan akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bagi Kajian Ulama dan Pengeluaran Fatwa.

Abdullah Al-Owailit, penyelidik dan anggota Biro Siasatan dan Pendakwaan awal bulan ini menyifatkan perbuatan menutup kedai ketika waktu solat sebagai bidaah dan tidak mempunyai asas dalam Islam.

Menurutnya, undang-undang Islam tidak menuntut supaya ia dilaksanakan dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya itu.

Bagaimanapun, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Aal Al-Sheikh yang juga pengerusi Lembaga Ulama Kanan dan Penyelidikan Agama mengecam kenyataan itu dalam khutbah Jumaat baru-baru ini. “Mereka yang mencadangkan supaya kedai dibuka ketika waktu solat adalah golongan yang lemah dan tidak betul,” kata mufti itu.

Meskipun orang ramai setuju kedai sepatutnya ditutup ketika waktu solat, ada pihak yang berkata, stesen minyak dan farmasi sepatutnya dibuka untuk kecemasan. – SG



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.maquibuilder.com/maquira Ridzuan

    niaga kat internet camner?

  • Donjuan

    itu baru pasal tutup kedai. apa nak kecoh?? …. Pasal perempuan tak dibenarkan pandu kereta kerana takut boleh membawa kepada zina dan homoseksualiti lagi satu perkara x-file kat saudi tu.