Elak objek, bayi 14 bulan tercampak luar kereta

Posted on the June 10th, 2012 under Tempatan by admin

TAIPING: Hanya kerana mengelak objek di atas lebuh raya, lima sekeluarga terpaksa menangisi pemergian ahli keluarga mereka paling kecil apabila kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan itu maut selepas tercampak daripada kereta dipandu bapanya.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala sejurus terlepas daripada riba ibunya, Norasmah Ngah Seri, 32, dalam kejadian jam 3.20 pagi di Kilometer 203.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara itu.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu bapa mangsa, Mohd Fahmi Salleh, 34, hilang kawalan dan terbabas sebelum dirempuh daripada belakang oleh Perodua Viva dinaiki empat sekeluarga.

Rempuhan menyebabkan mangsa terlepas daripada pangkuan ibunya daripada tempat duduk depan kereta sebelum tercampak keluar menerusi tingkap kereta yang terbuka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata ketika kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Jitra, Kedah.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • tamu

    Saya pernah nyaris excident..beberapa bln lepas..di highway yg sama dr kl -gerik..ada batu besar ditangah jln yg tidak boleh dielak…saya langgar sedikit akibatnye bumper sy pecah n lapik air kerera pecah…alhamdullilah allah masih berikn sy peluang…dihrp pihak tertentu alert dgn batu besar yg jatuh dr lori…kerana highway tiada lampu..semoga roh adik kecik ini dtmptkn dgn org berimn…

  • Rockstar7045

    Jadikan pengajaran juga kepada ibu-bapa yang memandu yang ada anak2 kecil dalam kereta. Pastikan mereka malah latihkan mereka menggunakan talipinggang keledar. Yang bayi tu, gunalah kerusi bayi khas. Apakah nilai kerusi itu semahal nilai nyawa bayi yg masih kecil macam ni? Saya pernah menyaksikan malah memarahi  satu pasangan suami isteri yg mana bayi mereka cuma duduk dikendung di peha kanan si ibu, ketika mereka berada di atas motosikal tanpa menggunakan topi keledar. Terlalu kerap juga saya tengok ibu bapa ketika berada di dalam kereta membiarkan anak2 kecil berdiri di tengah2 tempat duduk belakang. Cuba bayangkan apa akan berlaku bila kereta itu berhenti mengejut. Bila kemalangan berlaku dan nyawa anak2 melayang, siapa yang harus dipersalahkan?

  • tamu

    boleh claim kat plus…

  • Myra Yunus

    sangat sokong pendapat awk… ^^ tak salah rasenye berbelanje tuk keselamatan anak2 di dalam kereta mahupun diatas motor..

  • Dhiyamikail

     saya pernah kena mcm ni..langgar objek kat highway PLUS Bukit Tagar n tayar pecah jam 10++ mlm..anak masih kecik masa tu…saya dh buat aduan..ada feedback bila PIC call tp saya xtahu apa tindakan yang diambil..claim?langsung x ada…camna awk blh kata blh claim kat PLUS pulak…???

  • Azisoo

    Kerajaan melaysia sepatutnya memperketatkan lagi undang2 memakai “child car seat” dan para dewasa sekian maklum mesti menggunakan tali pinggang keledar utk mengelakkan kejadian sebegini berulang kali. Tapi kenapa benda yg manfaat begini tak dijadikan habit utk nyawa sendiri??? 

  • Adlinalyn

    ngeri2…hati2…sentiasa waspada…cianya bdk tu…