Dua letusan kuat di matahari

Posted on the March 9th, 2012 under Luar Negara by admin

NYALAAN matahari terbesar dirakamkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada Selasa lalu.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.

Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.

Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam.

“Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu,” kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.

Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.

Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam.

Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat. – AFP



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • pemalazz gurlz

    kuasa tuhan

  • sanTai

    Subhanallah..tandanya dah nak sampai akhir zaman

  • Rinaezarina

    Subhanallah!

  • Michan_9056

     kiamat sdh dekat..

  • Alifjoke_90

    bkan dah nk sampai..tpi kiter hampir sampai satu titik penghabisan khidupan akhir zaman..
     

  • Wargakpm Bersuara

    ALLAH HUAKBAR!… Semoga kita semua mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini… Marilah kita bersama-sama beramal ibadat dan menghambakan diri KEPADA NYA …. ALLAH S.W.T

  • Lizaothman1968

    astagfirulalh….tanda2 akhir….

  • Azazrd6009

    at the end of the world

  • Lolizuletta

    menakutkan..semoga dibukakan pintu taubat buat mereka yang belum bertaubat..

  • http://profile.yahoo.com/S2ZG67JRLOCII2K4LCCEIJIMLE Yan Mark

    dunia da nk kiamat kawan2 ku so carilah kenenaran selagi ditemui dari saat ni
     

  • Anisnabilabella

    gerun dan mnakutkan …masih smpat u kt btaubat