Dr Asri: Islam agama hujah, tak perlu tindakan JAIS

Posted on the August 10th, 2011 under Tempatan by admin

Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu.

Malaysiakini



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • azman

    Saya bersetuju dengan pandangan Dr Asri tetapi bukan secara total berdasarkan alasan di bawah:-

    1. Adanya undang yang terpakai di Malaysia yang menjaga kedudukan Islam dan undang-undang itu baik dalam masyarakat berbilang agama. Tak perlu berdakwah agama lain kepada umat Islam.  British juga dalam memerintah telah mengkaji gaya hidup orang Melayu dan menetapkan Residen Britisah tidak boleh mencampuri urusan Institusi Beraja, Adat Istiadat dan Agama Islam.

    2. Penguatkuasaan dalam memerangi orang murtad telah ada dalam sirah kerajaan Islam di zaman Khalifah;

    3. Kecerdikan akal umat Islam tidak sama ada yg boleh menerima hujah dengan mudah ada yang perlu dalam bertuk penguatkuasaan.

  • ntahle

    undang2 ciptaan manusia, tetap akan banyak cacat celanya, kembalilkan lah undang2 allah, nescaya xkan berlaku seperti ini… jangan risau, khilafah akan kembali itu janji allah.

  • Zamanbaru

    Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan , kejayan, kemodenan dll.

  • Nurulafidah79

     tu lah susahnyer kalau sebuah negara islam yang mengasingkan agama dalam pemerintahannyer. jabatan agama islam pun guna undang2 orang kristian…hukum pakai duit dan penjara!!!masih tak percaya pada hukum allah swt…. macam mana JAIS nak tegakkan agama islam kalau mereka sendiri tak percaya pada hukum hudud.

  • Krisyamzidin

    islam adalah tamadun kemanusiaan yang sangat sempurna,tidak ada agama selain dari islam,yang lain hanyalah kepercayaan dan pegangan olahan manusia untuk memenuhi kehendak nafsu manusia itu sendiri

  • xyz

     agama kristian percaya pada konsep tuhan 3 in 1. pengikut tak boleh tanya lebih2 sbb paderi tak boleh terangkan, mereka cuma disuruh percaya tanpa perlu buat apa2. mereka cuma perlu percaya membuta tuli, tiada hujjah dari bible sendiri utk pertahan tuhan 3 in 1.
    dlm bible sendiri ada ayat2 yg melarang makan babi. tp paderi kata larangan itu utk org yahudi shj.
    agama kristian adalah hasil penyelewengan Paul, nabi palsu kristian. asalnya Paul yg membunuh pengikut nabi isa yg menyebar agama benar.
    sila baca
    http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/10/mengenali-asas-agama-kristian.html
    http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/12/al-quran-tetap-asli-tapi-bible.html
    http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/12/ayat-ayat-quran-dalam-injilnya-isa.html

  • insane soul

    hudud hudud hudud, bkn x percaya xpi xleh dilaksanakan buat masa ini, selagi tiada kesepaduan umat islam , selagi itu xleh dilaksanakan. why ? kita bkn negara yg semuanya umat islam n kalo dilaksanakan tanpa kesepaduan umat islam , akan ada umat bkn islam akan menentang n ada umat islam yg menyertai . mmg menyedihkan