Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online

Posted on the December 10th, 2011 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Download Borang BR1M: 

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Mekanisma BR1M

1. Syarat Permohonan

Syarat Asas:

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen yang diperlukan

Dokumen wajib:

  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)

*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan

2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:

  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara

3. Ilustrasi Isi Rumah

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan untuk setiap negeri. Senarai kaunter penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 adlah seperti berikut:

SENARAI LOKASI KAUNTER CAWANGAN BR1M

BIL
CAWANGAN
1.
Ibu Pejabat
2.
Johor

3.
Kedah

4.
Kelantan
5.
Melaka
6.
Negeri Sembilan
7.
Pahang

8.
Perak

9.
Perlis
10.
Pulau Pinang

11.
Sabah

12.
Sarawak

13.
Selangor

14.
Terengganu
15.
WP Labuan
16.
WP Kuala Lumpur



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Pingback: Kementerian Kewangan Perjelas Pendapatan Kasar Isi Rumah Untuk Mohon BR1M — Harian Metro Online

  • nor yanti ika

    mcm mna dgn pekerjaan yg tiada slip gaji..

  • waty

    boleh mohon jugak…letak la bekerja sendiri

  • Aisyahumaira009

    apa maksud tanggungan…adakah maksudnya anak2 @ keluarga yg di tanggung oleh ketua isi rumah dalam rh yg sama?

  • Lowbo Sr

    bole guna ke borang nie? sbb sy tgk borang ni bukan ori format! just scan je.. takut nnt da isi tp x le submit

  • An

    alahai…teruk beno scan. x nampak formal langsung… baik p ambik direct yg hard copy..hmm..

  • Zull_akmar

    kalau suami + isteri bekerja,dan jumlah gaji kasar lebih daripada rm3000..adakah layak untuk memohon??

  • Cnarr40

    Alahaiii… naper teruk sangat kualiti scan borang nie… nti dh pnat2 isi, kna reject plakk lagi haru…

  • Bohemiian_84

    kalau da bersara.x perlu submit slip gaji ke? 

  • Kba2087 Ppdkotasetar

    adakah layak sekiranya suami gaji pokok tidak termasuk elaun RM2200 manakala isteri RM2300.

  • http://www.facebook.com/people/Dewi-Daud-AbuBakar/100000504454489 Dewi Daud AbuBakar

    saya tinggal kat shah alam section 18,kat mana saya nak ambil borang tu.. dan nak hantar kat mana?

  • Soffiansapena

    jika bekerja sdri layak ka memohon?

  • Apacha85

    boleh je ….lepas ke tu gaji nk apply..

  • Illaghazali

    Macamana nak memohon..
    1.Kalau bekerja sendiri ? x de payslip..(kerja kampung)
    2.Ibu tunggal- xde payslip..
    3.Pendapatan suami+isteri,bersih x sampai RM3k, bla ada OT ada cecah sikit..dikira ke tak..?

  • Pingback: Madu layak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 — Harian Metro Online

  • Pingback: Ada pihak jual borang BR1M RM50 — Harian Metro Online

  • Bedui_hamid

    abg saya bujang dan cacat, mendapat bantuan dari kebajikan masyarakat,tingal dengan ibu seorang warga emas dan telah uzur. layak kah abg dan ibu saya mendapat Rm500

  • Pingback: Semua yang layak akan dapat RM500 — Harian Metro Online

  • Pingback: Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Secara Online | nizarazu.com

  • hosnairi

    assalam, kenapa tak luaskan pengambilan di bsn atau pejabat pos sahaja, mudah untuk org kampung dan org miskin di pendalaman mengambilnya, itukan lebih baik, kerana kos untuk pergi ke bandar pergi dan balik kemungkinan kos terurai rm 100, dah habis di tengah jalan. wassalam

  • Mulau

    YO BILA TARIKH TUTUP MAU HANTAR NI BORANG??

  • http://www.facebook.com/abadisalikin Mohd Abadi

    Cantiknya borang…cian ya gomen…

  • Guess

    Isi je..klu salah dorg reject ler borg tu..

  • Seripagi1812

    bagaimana ketua keluarga yang tidak berkerja dan tiada berpencen yang berumur 55 tahun keatas adakah layak menerima BR1M…

  • Qde_fz

    gaji sye sbulan rm 1500………. suami sye bekerja sendiri dengan pndapatan harian x menentu….. xde slip gaji. adakah layak!!

  • Aye/pontian

    salam, ambil borang terus isi dan antar ke? bawak balik dulu isi dan kemudian baru antar?

  • Pingback: Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh difotostat — Harian Metro Online

  • Norlia_jb

    untuk borang yang jelas sila gi & download borang kat http:www.treasury.com

  • Norlia_jb

     PEMBETULAN  www.treasury.gov.my

  • yong ajai

    ketua kampung ade jg dilantik utk membuat edaran borang BR1M..

  • yong ajai

    caw.shah alam, pjbt SUK, Pjbt ADUN (yg terpilih..)

  • maria

    susahnya mahu download borang bantuan ni… :( banyak gangguan iklan. saya setuju dengan saudara Hosnairi. Luaskan pengambilan borang bantuan tersebut ke cawangan BSN atau Pej.Pos.

  • Nurul Iman19

    bolehla, xde msalah.. mohon jed dulu..

  • Nurul Iman19

    layakla.. isi je dulu..

  • Lilylew

    kalau perkerjaan tidak tetap,tiada slip gaji macam mana…

  • tamu

    Bagaimana jika suami yang mencari rezeki diluar negeri dengan pendapatan kurang dari RM3000 untuk menyara kami;saya dan tiga org anak yg masih sekolah. Adakah kami layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Terima Kasih.

  • mohd fahidir zakaria

    sy bujang tggl dgn ibu dan bapa..ibu dan bapa sy ketegori warga emas..ibu dan bapa sy sudah tak brapa larat bekerja..pndapatan ibu dan bapa lbh kurang rm800 1bln dan sy bekerja sendiri pndapatan sy rm600 1bln..blh tak sy dan bapa pohon bantuan tersebut???

  • Aku

    bapa anda layak mohon.anda tidak boleh mohon kerana anda bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa anda.

  • Adamfaisal

    adakah perlu cop dan tanda tangan penghulu untuk kelulusan
     

  • hamdan

     boleh terang maksud isi rumah ?

  • Mybbsmurf

    nak tanya cikit… saya sudah berumah tangga dan Ibu bapa saya Warga Emas dan tinggal bersama2 saya.. hanya bapa saya yang mempunyai pencen bulanan RM300.00 layakkah beliau menerima BR1M ini?

  • Reginasapphire

    bengang btul lh,tuari sya cll lhdn diaorg ckp borang bleh fotostat,apsal plak tetiba kuar kat harian metro (17/12/11 sabtu) borang tk bleh fotostat,stiap permohonan kna guna borang ori.Jgn r mcm ni,ni bkn nk membantu rakyat makin menyusahkan adalh,ikhlas ke tak nk bagi bantuan ni…..

  • Pingback: Menteri tak sepakat isu Borang Bantuan RM500 — Harian Metro Online

  • marinahamzahsani

    sy tinggal kat subang jaya kat mana sy nak ambik borang tu.

  • Daisy

    Bila sudah isi borang dan dah safe dekat computer nak hantar kemana. Nak kena scan slip gaji dan ic ke?