Datuk Malek Noor Jawab Isu Homoseksual

Selepas mendirikan rumahtangga pada usia 57 tahun, Datuk Malek Noor sekali lagi terkena tempias cakap-cakap jahat yang cuba menyingkap kisah silamya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak yakin pada perkahwinannya itu kerana percaya bekas ahli bina badan negara itu seorang homoseksual atau gay.
Dalam satu temubual bersama Melodi tengahari tadi, Datuk Malek Noor tampil memberi komen tentang isu itu. Jelas beliau, dia tidak kisah dengan pendapat orang yang suka melemparkan fitnah. Jelas beliau, hanya dia yang tahu keadaan yang sebenar.
“Memang ada yang berkata-kata tentang perkahwinan saya ini. Ada yang kata saya kahwin kerana harta dan ada juga yang cuba mengaitkan saya dengan homoseksual. Sebenarnya, saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Saya sebenarnya tidak pandang pada harta kerana saya sendiri sudah ada banyak. Tentang dakwaan yang mengatakan saya suka pada lelaki itu pun saya tidak mahu jelaskan apa-apa. Saya sudah kena macam-macam sebelum ini. Bahkan, ada yang kata saya pernah bekalkan perempuan dari Hong Kong. Biarlah apa orang nak kata apa pun, saya tidak peduli,” ujar Datuk Malek Noor yang mengaku tidak suka dipuji dan mencari glamor.
Dalam masa yang sama, selebriti ini juga mengakui isterinya ,Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail tidak mudah percaya dengan cerita-cerita tidak berasas itu. Pasangan ini bernikah pada 12 Mac lalu di Kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Petaling Jaya.
Pasangan ini tinggal berasingan memandangkan Dr. Wan Asma, 52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu. GUA difahamkan, Datuk Malek Noor berulang-alik ke Kota Bahru pada setiap minggu.
Pada majlis perkahwinan tempoh hari, pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah Al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran. Namun menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Gua
| PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |



















