Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam

Posted on the August 11th, 2012 under Luar Negara by admin

Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).

Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.

Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.

Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.

Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?

10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat.

Sumber: khairulfadhli



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Sy_smi

    subhanallah

  • Aizat

    berita mcm ni lah metro patut siarkan selalu :) bkn benda merapu je memanjang… ameen walhamdulillah…

  • Syedazmai

    Sebab Islamnya kita dengan cara islam baka mak bapak kita islam automatik kita pun jadi org islam…tak diperolehi dengan susah payah sebab itu iman kita lemah…utk itu kita kena kuatkan iman yg dah ade dgn mujahadah di jalan allah 4 bulan suapaya iman kembali segar..nak tau kena mujahadah susah payah tinggal kan lapan perkara yg kita cintai daripada allah dan rasul

  • Berat Natang Ni

    Harian Metro suka sebarkan berita pasal ebby abadi je…xtaw la

  • http://www.facebook.com/sal.mohamed.92 Sal Mohamed

    sori n nape masih ada tatu dtangannya…

  • http://profile.yahoo.com/2X24ACWAEN4UHII76U2T5IVCDE Nur 'illiyen

    Masa dia buat tatu tu dia dalam keadaan jahil. jadi dia tidak perlu buang kalau dia buang maybe boleh memudaratkan sesihatan dia, selebihnya sila click link nie
    http://www.youtube.com/watch?v=vi5lJnWAwMw :)

  • nor

    islam itu mudah, dia b’tatu sblm islam, bla dia msk islam, utk buang tatu itu m’nyakitkn n mgkn kosnya mahal, jd tatu itu boleh dibiarkn. bknkh islam itu mudah n ALLAH MAHA PEMGAMPUN N MAHA MENGETAHUI..

  • Ggofur

    subhanalloh…………..

  • Nur_cahaya

    ble upload subtitle dlm malay tak?