Cuba tanam anak hidup-hidup

Posted on the May 14th, 2012 under Luar Negara by admin

KELUARGA Radhika yang miskin.

NEW DELHI: Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup.

Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.

Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika.

Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.

Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.

Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.

Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”

Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.”

Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.

“Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.

Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat.

Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin.

Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. – BBC



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Hertairpoyert

    redha dengan pemberian Allah…supaya kamu tidak dihumban ke lembah hina…

  • http://www.facebook.com/people/Azura-Rizal/100000444597272 Azura Rizal

    depa idup ssh. buta huruf n pcya ngn bnda karut. kerajaan depa la bodoh. adenye pemimpin utk utk kesenangan rakyat. lain hal plk kt negara malaysia dah senang pn xreti nk besyukur.. geram…

  • hijau

    kenapa yer pengantin perempuan perlu mmbayar mas kahwin kpada lelaki.jika adat sekalipun sudah tahu susah mengapa perlu dibeban dgn mas kahwin yg tggi akhirnya memberikan lebih banyak bebanan?