Archive for the ‘Tempatan’ Category

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia akan dilindungi daripada kesan akibat krisis hutang yang melanda negara Kesatuan Eropah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini berikutan asas ekonomi Malaysia yang mampan dapat menyokong pertumbuhannya.
“Asas ekonomi Malaysia mampan sokong pertumbuhannya. Negara kita akan dilindungi daripada impak krisis zon euro,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam laman Twitter beliau hari ini.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.
Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.
Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

KUALA LUMPUR – Ibu negara mengalami kesesakan luar biasa hari ini berikutan warga kota yang keluar membuat persiapan akhir menjelang Ramadan dan juga Aidilfitri.
Umat Islam akan berpuasa mulai akhir minggu depan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan-jalan menuju ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), kawasan Chow Kit, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail sesak teruk.

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan rapi dalam kedai emas yang disamun di sebuah pasar raya di Batu Caves, Gombak semalam.
GOMBAK – Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.

JEETA menunjukkan bahagian dalam perut yang memainkan fungsinya yang tersendiri.
JIKA dilihat dari segi fizikalnya, pasti ramai yang beranggapan dia hamil tujuh bulan dan bakal melahirkan anak. Ternyata itulah pandangan masyarakat apabila pertama kali bertemu dengan Nur, 44.
Setiap kali ditanya, pasti dia akan mengiakan sahaja pandangan orang yang menganggap dirinya hamil kerana malas membuka cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku.
BENTONG – Penyakit radang sendi atau artritis reumatoid (RA) khususnya dalam kalangan wanita di negara ini dilihat semakin meresahkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, ia semakin membimbangkan kerana penyakit itu menyerang wanita tiga kali ganda berbanding lelaki.
“Sehubungan itu, kesedaran mengenai penyakit berkenaan perlu disebarluaskan kepada masyarakat agar mereka mendapat rawatan awal bagi mengelak kecacatan.
“Penyakit RA dalam kalangan rakyat Malaysia adalah serius dan kira-kira 52 peratus pesakit tidak dapat kembali bekerja kerana mengalami kecacatan akibat gagal mendapat rawatan awal,” katanya kepada pemberita selepas Program Meet My Wira (Malaysian Women In Rheumatoid Arthritis) di Hospital Bentong, Pahang semalam.

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai. Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
Muhdalina seperti dipukau
Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?