Archive for the ‘Tempatan’ Category

Wan Muhammad Azri nafi dirinya ‘Papa Gomo’

Posted on the May 21st, 2013 under Politik,Tempatan by

KUALA LUMPUR – Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog ‘Papa Gomo’.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

AirAsia perjelas isu halang pulang

Posted on the May 21st, 2013 under Tempatan by

Foto Izan Suhaila dan anaknya yang berusia 14 bulan yang dipetik dari blog Mazidul Akmal Sidek.

SHAH ALAM – AirAsia Bhd menjelaskan syarikat itu perlu mematuhi piawaian dan kesihatan global berhubung isu seorang wanita dan anaknya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air.

12 jemaah lalui detik cemas bumbung masjid runtuh

Posted on the May 21st, 2013 under Tempatan by

Dua belas jemaah masjid nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid berkeluasan 30 x 30 kaki persegi di Kampung Binjai Kertas, di Hulu Terengganu runtuh malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.

Menceritakan kejadian, ahli jawatankuasa masjid Abd Wahab Sulong, 67, berkata selepas selesai solat dan sebaik melangkah 30 meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan terpaku seketika.

MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh

Posted on the May 21st, 2013 under Tempatan by

Izan Suhaila Mohd. Ali mendukung anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza berusia 14 bulan ketika berada di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Zahid: Dalang ceroboh Lahad Datu tidak didedah

Posted on the May 21st, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Pelajar dirogol bergilir-gilir

Posted on the May 20th, 2013 under Tempatan by

KOTA BHARU – Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.

AirAsia pertahan sekatan pada pengidap demam campak

Posted on the May 20th, 2013 under Tempatan by

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mempertahankan bahawa tindakannya yang menghalang seorang bayi pengidap demam campak daripada menaiki penerbangan syarikat itu dari Ho Chi Minh pada Sabtu lalu adalah mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Satu kenyataan AirAsia di Facebook menyebut, tindakan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada penumpang lain.

“AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari doktor bertauliah.