Archive for the ‘Sukan’ Category

Safee Sali sertai Johor musim depan

Posted on the December 4th, 2012 under Sukan by

Penyerang sensasi Safee Sali sah akan beraksi untuk pasukan Liga Super Malaysia, Johor musim depan.

Selepas mendapatkan bintang-bintang pasukan kebangsaan Malaysia dan dua pemain import bertaraf dunia, Johor kini telah mendapatkan seorang lagi pemain Harimau Malaya, Safee Sali.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Suhairi Hashim hari ini mengesahkan mereka akan mengukuhkan lagi pasukan dengan mendapatkan Safee Sali secara pinjaman untuk satu musim.

Kafa: Safee-Andik ada peluang sertai Kelantan

Posted on the December 4th, 2012 under Sukan by

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membariskan lima muka baru termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia serta kejohanan Piala Konfederasi Asia musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut ialah bekas kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani dan rakan sepasukannya, Faiz Subri serta pemain Johor FC, Haris Safuan.

Sementara pemain import terdiri daripada pemain Sydney FC, Dmitrios Petratos, 23, yang bermain di Liga Australia (A League) serta Lek Kcira, 29, dari Croatia dan pernah bermain bersama kelab liga utama di Iran dan Croatia sebagai pemain pertahanan.

Safee Sali makin lega

Posted on the November 30th, 2012 under Sukan by

SATU jaringan yang berjaya diledak ketika membenam Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin disifatkan cukup bermakna buat peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali.

Selain menyuntik semangat buatnya untuk menggempur kubu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan malam esok, Safee juga menganggap jaringan itu sebagai pencetus semangat seluruh rakyat Malaysia.

“Gol itu cukup penting bukan sahaja kepada saya seorang, sebaliknya ia juga menyuntik moral seluruh rakyat Malaysia betapa kita masih berpeluang mara lebih jauh pada kempen kali ini,” katanya.

Harimau benam Laos 4-1

Posted on the November 28th, 2012 under Sukan by

Harimau Malaya beraksi cemerlang dan berjaya menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF pada Rabu malam.

Pasukan tuan rumah menang besar ke atas Laos hasil jaringan Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril Muhymeen di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus membangkitkan semula semangat penyokong Harimau Malaya.

Selepas kecundang 3-0 dengan Singapura Ahad lepas, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal telah melakukan rombakan dalam pasukan untuk bertemu Laos.

Wajib menang atau tutup kedai

Posted on the November 28th, 2012 under Sukan by

YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.Itu perumpamaan tepat buat Harimau Malaya supaya kembali bangkit melakar kemenangan ke atas Laos dalam aksi kedua Piala Suzuki AFF 2012 malam ini sebaik dimalukan Singapura 0-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Tampil selaku tuan rumah kejohanan bersama Thailand pada edisi kali ini, skuad negara dilihat masih bergelut dengan prestasi sebenar selepas menyaksikan kerapuhan di bahagian pertahanan serta kepincangan jentera tengah Harimau Malaya ketika menentang Sang Singa.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal seakan-akan ‘sengaja’ memilih haluan sukar yang mana skuad negara wajib menang ketika menentang Laos dan Indonesia sekiranya masih berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

Mat Yo sah milik Johor

Posted on the November 28th, 2012 under Sukan by

PENYERANG kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan Harimau Selatan bagi musim 2013, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), di ibu negara, malam ini.

Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam ini.

Perkara itu dimuktamadkan selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.

Rajagobal: Saya juga kecewa, saya hanya fikir perlawanan esok

Posted on the November 27th, 2012 under Sukan by

“(SAYA) akan buat pertukaran (esok). Demikian kenyataan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengenai senarai pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Rajagobal masih merahsiakan pertukaran tersebut sama ada akan merombak secara besar-besaran atau sebaliknya.

“Kita tunggu sahaja esok, selepas melihat persembahan mereka ketika menentang Singapura, saya akan buat pertukaran tapi kita masih tidak tahu… apa pun kita tunggu esok,” katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawanan saingan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Hotel Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.