Archive for the ‘Sukan’ Category

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

Posted on the January 18th, 2013 under Sukan by

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa sengaja menimbulkan kekecohan ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Selasa lalu.

Jelas Tunku Ismail kepada Kosmo!: “JMF tidak berada di sana, kalau ada pun, mereka adalah penyokong yang memakai baju Johor dan mereka tidak bertugas ketika itu.”

Ujar baginda lagi, JMF seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini merupakan Kumpulan Gerak Khas 21 Komando dari Kem Gerak Khas Mersing, Johor yang perlu bersiap sedia sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berhasrat mencemar duli ke stadium berkenaan dan ia tiada kena mengena dengan PBNJ.

Isu JMF: Kehadiran anggota tentera di Stadium Sultan Muhammad IV

Posted on the January 17th, 2013 under Sukan by

ANTARA enam askar ditempatkan di stadium kawal skuad Johor DT, malam kelmarin. – Foto Fathil Asri

Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?

Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.

Johor DT, Kelantan sama hebat

Posted on the January 16th, 2013 under Sukan by

PERTEMBUNGAN gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang dinanti-nantikan berakhir dengan keputusan seri apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

Dibelenggu beberapa episod kontroversi sebelum ini, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan tempo yang agak pantas dalam tempoh 10 minit pertama perlawanan dengan berbalas serangan termasuk beberapa gerakan untuk memecah benteng pertahanan masing-masing.

Penyerang Johor DT, Mohd. Safee Sali lebih dulu mengejutkan tuan rumah melalui sepakan akrobatik selepas menerima hantaran pemain import dari Itali, Simone Del Nero namun, sepakan tersebut berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

FAM tutup kes Mat Yo

Posted on the January 10th, 2013 under Sukan by

Jawatankuasa Status FAM hari ini mengumumkan Norshahrul Idlan Talaha hanya perlu membayar tebus kontrak dan bukannya yang lain-lain.

Perpindahan penyerang Harimau Malaya itu dari Kelantan ke Johor Darul Takzim telah berlarutan selama berminggu-minggu.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini menyatakan Norsharul harus melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.

Saya Muslim wajib buang tattoo – Armand Traore

Posted on the January 10th, 2013 under Agama,Sukan by

Ketika masih menjadi pemain tengah Arsenal, Armand Traore mempunyai penyesalan terbesar dalam hidupnya, yakni membuat tato di tubuhnya.

Oleh itu pada 2009 lalu, ia memutuskan melawat doktor untuk melakukan operasi penghapusan tatu. Di bawah pembiusan dan pisau bedah doktor, bekas pemain AS Monaco ini menghilangkan tatu kekal.

Ia harus menahan sakit kerana doktor ternyata pada akhirnya harus menggunakan sinar laser untuk menghapuskan tatu besar di belakangnya. Pemain kelahiran Paris, Perancis, 8 Oktober 1989 ini menegaskan, menghapuskan tatu boleh membuatnya tenang dan merupakan keputusan tepat.

Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

Posted on the January 9th, 2013 under Sukan by

Annuar (dua, kiri) hadir pada majlis penyampaian bonus kepada pemain Kelantan, yang diserahkan oleh Afandi kepada Mohd Badhri Mohd Radzi. – Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH

RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

Isu Mat Yo: Tunku Ismail mahu Annuar henti drama

Posted on the January 4th, 2013 under Sukan by

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.

Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.

Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.