Archive for the ‘Sukan’ Category

Pemain Kedah, Khyril Muhymeen yang berpeluang disenaraikan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya telah membuka jaringan pada minit ke-23 melalui tandukan hasil hantaran sepakan sudut oleh Safiq Rahim.
Walaubagaimanapun, Bangladesh telah menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti Md Jahid Hasan pada minit ke-83 selepas Irwan Fadzli Idrus yang dimasukkan mengganti Zubir Azmi pada minit ke-75 mengasari Mitchun Chowdry dalam kotak penalti.

BUTLER (kanan) dan Boateng menunjukkan kontrak yang mereka tandatangani dengan T-Team di Kuala Terengganu semalam.
BEKAS pemain tengah Belanda, George Boateng berazam mahu menempa nama bersama skuad T-Team apabila menandatangani kontrak dengan pasukan berstatus kelab itu semalam.
Boateng, 37, yang pernah menempa nama dalam Liga Perdana England dengan pasukan Middlesbrough dan Aston Villa menegaskan, kehadirannya dalam skuad T-Team bukan sekadar mahu melancong atau menerima habuan pada penghujung kerjaya tetapi ingin membantu skuad kendalian Peter James Butler itu mencatat kemenangan.

AZLAN (kanan) dan Mohd. Rafizi membaca laporan akhbar mengenai isu perpindahan Norshahrul ke Johor di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya – Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriors itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
IMPIAN skuad bola sepak Johor untuk merangkul kejuaraan sama ada Piala Liga, Piala FA mahu pun Piala Malaysia dilihat semakin membara apabila dikhabarkan bakal mengambil seorang lagi pemain bertaraf dunia, Simone Del Nero (gambar) untuk memperkuatkan benteng pasukan Harimau Selatan itu dalam saingan Liga Super musim depan.
Del Nero merupakan bekas pemain sayap kelab Seria A Itali, Lazio dan pernah membantu pasukan itu memenangi Piala Itali pada musim 2008.
Pemain kelahiran Carrara, Itali itu memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain dengan kelab Empoli (1998-2000), Brescia (2000-2007) dan pernah menyarung jersi Livingston secara pinjaman selama setahun bermula tahun 2001 hingga 2002 dan sempat bersama kelab Palermo (2003).

BERDASARKAN reputasinya sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) untuk tempoh tiga tahun berturut-turut bermula 2010, ‘nilai’ penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sudah tentu melonjak tinggi.
Maka tidak mengejutkan apabila perpindahan Norshahrul ke Johor musim depan dilapor bakal mencecah jutaan ringgit disebabkan pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo itu masih mempunyai baki kontrak setahun bersama The Red Warriors.
“Mat Yo merupakan pemain tunggal yang berjaya mempertahankan anugerah MVP selama tiga tahun berturut-turut. Musim lalu beliau antara penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super serta penyerang No. 1 negara.

TIGA PIALA… (Dari kiri) Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang berjaya disapu bersih oleh Kelantan musim ini.
DESAS-DESUS mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim depan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.
Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005 berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan berjaya menggondol kejayaan trebel dengan menyapu bersih ketiga-tiga piala dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.

PENYERANG sensasi Kelantan, Norsharul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo semakin hampir untuk menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) bersetuju untuk melepaskan dia menerusi “perpindahan biasa.”
Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.
Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Persatuan Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran Kafa dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.