Archive for the ‘Sukan’ Category

TANPA niat untuk memburuk dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi berdendam, Tan Sri Annuar Musa menggesa Datuk Azzuddin Ahmad mempercepatkan proses peletakan jawatannya dalam badan induk bola sepak itu.
Menurut Annuar, seorang Setiausaha Agung FAM yang tidak tahu memainkan peranan serta hilang kewibawaan perlu lah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru.
Hal ini katanya penting bagi memastikan kepimpinan baru boleh membawa idea-idea yang lebih segar dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan arena bola sepak negara.

TUNKU ISMAIL melahirkan rasa kecewa terhadap FAM menerusi satu kenyataan rasmi semalam.
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak penyiaran.
Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meng- umumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.

“APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.
Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.
Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi 60,000 tiket kepada Pahang daripada 80,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan separuh akhir Kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) melahirkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) apabila mereka mendakwa badan induk bola sepak itu bersikap berat sebelah.
Kenyataan dikeluarkan PBNJ hari ini menyebut FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bola sepak Malaysia yang telus dan adil, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila badan induk bola sepak itu seolah-olah menyebelahi Pahang.
Katanya, tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, namun FAM jelas menunjukkan bahawa mereka berat sebelah berkenaan agihan tiket dan bersikap menyebelahi Pahang.

PEMAIN sayap Selangor PKNS FC, Mohd Nazmi Faiz Mansor yang menggantikan kapten Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi yang diketepikan berikutan masalah kecederaan, perlu membuktikan kemampuannya walaupun pernah beraksi di Liga Eropah.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal berkata walaupun bekas pemain Harimau Muda itu pernah beraksi dalam liga profesional luar negara, namun beliau harus bersaing dengan pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan.
“Kita kena faham, bermain di Liga Eropah dan mewakili negara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa adalah dua perkara berbeza…inilah peluang untuk dia (Mohd Nazmi Faiz) membuktikan kemampuan walaupun beliau diletakkan dalam senarai 12 pemain yang menunggu (bagi menggantikan pemain tercedera).

Perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, 4.15 petang, pada 1 Jun.
Keputusan telah di buat selepas mesyuarat di Wisma FAM pada petang Rabu. Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang telah didenda RM$100k sementara Persatuan Bola Sepak negeri Johor didenda RM$20k akibat insiden “overcrowding” yang berlaku malam semalam.
Ia dilaporkan bahawa lebih 60,000 para peminat telah membanjiri Stadium Darul Makmur, kapasiti 40,000, pada malam Selasa untuk menyaksikan pertarungan antara Pahang dan Johor Darul Takzim.