Archive for the ‘Politik’ Category

Azhar Idrus: Petisyen BN kelakar

Posted on the June 16th, 2013 under Politik by

KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Harapan rakyat menjelang 24 Jun ini

Posted on the June 14th, 2013 under Politik by

Mohd Taufiq Mokhtar, Bekas Tentera.

SHAH ALAM – Keputusan PRU13 yang sebelum ini menjadi tanda tanya kini bukan rahsia lagi.

Walaupun bermula sengit, namun BN telah menang sebanyak 133 kerusi Parlimen dan PR menawan 89 kerusi.

PKR: Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN

Posted on the June 13th, 2013 under Politik by

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.

“Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

‘Kes tukar agama tunjukkan kabinet tiada taring’

Posted on the June 13th, 2013 under Politik by

Majlis antara agama mengkritik kabinet yang disifatkan “tiada taring”, ekoran tindakan penjawat awam terus menentang keputusan yang melarang ibu bapa daripada menukar agama anak secara senyap-senyap.

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam kenyatannya menyoal, adakah keputusan kabinet pada 2009 hanya dibuat untuk jangka masa pendek bagi menenangkan rakyat bukan Islam kerana berlaku banyak kes ketidakadilan.

“Adakah penjawat awam boleh melakukan perkara sama dengan arahan perdana menteri dan kabinetnya,” soal MCCBCHST lagi dalam kenyataannya hari ini.

Badan itu mengulas kebanyakan kes wanita di Negeri Sembilan mendapati dua anaknya diislamkan oleh suaminya (yang telah berpisah dengannya) tanpa kebenarannya.

Kesemua pembantu politik PM bakal disingkirkan?

Posted on the June 13th, 2013 under Politik by

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang memberangsangkan.

Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.

Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini.

UAI antara alasan BN fail petisyen

Posted on the June 12th, 2013 under Politik by

Nor Azli (kanan) dan peguambela, Mohd Ilyas Mohd Noor memfailkan petisyen di mahkamah, semalam.

KOTA BHARU – Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Menteri kata kes Altantuya sudah ditangani

Posted on the June 11th, 2013 under Politik by

Menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim hari ini enggan mengulas apabila ditanya mengenai satu memorandum dari delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian seorang wanita warganya, Altantuya Shaariibuu.

Rohani dalam satu sidang media hari ini berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya.

Katanya lagi, kes itu juga kini telahpun ditangani.