
Gambar menunjukkan wajah seorang kanak-kanak yang memandu sebuah kereta Ferrari di Kerala, India.
NEW DELHI – Polis di bandar Kerala di sini memfailkan dakwaan ke atas seorang lelaki kerana membenarkan anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari miliknya.
Mohammed Nisham dikenakan dakwaan membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kereta, jelas Inspektor M.V. Verghese.

SEORANG lelaki merakamkan gambar kemusnahan akibat serangan udara tentera Israel di sebuah kem latihan ketenteraan di Rafah semalam.
BAITULMUQADDIS – Tentera Israel melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza semalam dengan menyasarkan kumpulan Jihad Islam, kata beberapa saksi.
Bagaimanapun, saksi-saksi itu menyatakan, serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian dan kecederaan.

Kanak-kanak Kanada lebih terdorong untuk mengambil ganja.
OTTAWA – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, kanak-kanak di Kanada muncul sebagai golongan paling ramai mengambil ganja.
Mengikut laporan, Kanada berada di tangga pertama mendahului 29 negara-negara maju mencatatkan pengambilan dadah jenis ganja yang digunakan melalui kaedah merokok.

KENDERAAN berbaris untuk mengisi petrol di stesen minyak milik negara, Pertamina di Jakarta semalam.
JAKARTA – Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.

Van Doorn (kiri) menerima sebuah al-Quran daripada Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais sewaktu mengadakan umrah di Makkah, Ahad lalu.
MADINAH – Bekas anggota Parti Kebebasan haluan kanan dan berfahaman anti-Islam Belanda, Arnoud van Doorn, yang memeluk Islam pertengahan bulan lalu, mengumumkan rancangannya menerbitkan sebuah filem mengenai kemuliaan peribadi Nabi Muhammad SAW.
Dipetik Agensi, dalam satu temu bual eksklusif bersama media Arab Saudi, van Doorn berkata beliau akan menumpukan sepenuhnya kehidupannya dalam menyampaikan mesej Islam sebenar menerusi filem tersebut sebagai usaha melindungi hak masyarakat Islam di negara Eropah dan dunia.

Mangsa yang dibakar hidup-hidup dibiarkan menderita dan orang ramai hanya menyaksikan kejadian itu di tengah bandar Meiktila.
YANGON – Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.
Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.

Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.