Archive for the ‘Jenayah’ Category

Sorok rahsia diperkosa buruh binaan

Posted on the February 19th, 2013 under Jenayah by

Rembau: Akibat malu dan takut dimarahi keluarga, seorang gadis sanggup merahsiakan kejadian dia diperkosa dua bulan lalu, namun rahsia itu terbongkar apabila dia disahkan mengandung enam minggu ketika melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa hari lalu.

Gadis berusia 20 tahun yang juga pekerja am di sebuah syarikat swasta itu dikatakan baru dua minggu mengenali suspek buruh binaan warga Indonesia berusia 44 tahun.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu apabila suspek mempelawa mangsa datang ke rumahnya mengambil kacang panjang ditanam. Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki suspek mempunyai niat tidak baik datang ke rumah lelaki itu.

Tembakan maut polis pencen

Posted on the February 9th, 2013 under Jenayah by

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan imej salah seorang perompak yang melarikan diri selepas ditembak Abd. Jalil.

TAIPING – Seorang pegawai polis pencen membuktikan yang dia masih berbisa apabila menembak mati seorang daripada empat penjenayah yang memecah masuk banglo dua tingkat miliknya dalam kejadian di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini semalam.

Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, Kedah membuktikan pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis sebelum bersara pada 2005 memberinya kekuatan untuk menarik picu sepucuk revolver ke arah perompak dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu.

Perogol Bersiri Dihukum 115 Tahun Penjara, 50 Sebatan

Posted on the February 6th, 2013 under Jenayah by

Rabidin Satir yang dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’ dijatuhkan hukuman penjara selama 115 tahun dan 5o sebatan oleh Mahkamah Sesyen Raub pada Selasa.

RAUB: Seorang lelaki yang digelar ‘Rambo Bentong’ dijatuhi hukuman penjara selama 115 tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Rabidin Satir, 42, dari Tambunan, Sabah, juga diperintahkan menerima 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini, Selasa.

Menyamar sebagai wanita untuk mencuri tabung surau

Posted on the January 19th, 2013 under Jenayah,Tempatan by

Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu…

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu..Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.

Isteri dibogel geng lepak

Posted on the January 12th, 2013 under Jenayah by

Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Mekanik mati ditikam bertubi-tubi depan isteri

Posted on the December 24th, 2012 under Jenayah by

KUALA LUMPUR – Seorang mekanik mati setelah ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai kerana salah faham dalam kejadian di depan sebuah rumah kedai di Jalan 43, Selayang Baru dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi, mangsa R. Kumaran, 31, yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu mati di tempat kejadian selepas salah satu tikaman tersebut terkena pada rusuk kiri mangsa yang kemudian menembusi jantungnya.

Lebih menyedihkan apabila kematian Kumaran disaksikan oleh isterinya, B. Krishnaveni, 29. Sebelum kejadian, pasangan tersebut baru sampai di depan rumah mereka selepas menziarah ibu Krishnaveni yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian.

Kumaran dan Krishnaveni baru dua tahun mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan anak.

Minta air sebelum sembelih sepupu

Posted on the December 17th, 2012 under Jenayah by

MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.