Archive for the ‘Ekonomi’ Category

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Posted on the July 25th, 2011 under Ekonomi by

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Gabungan, ambil alih bukan paksaan

Posted on the June 1st, 2011 under Ekonomi by

 ZUKRI (dua dari kiri) menyerahkan zakat perniagaan Bank Islam kepada Jamil Khir untuk diserahkan kepada majlis agama Islam negeri dan pusat zakat negeri di ibu negara, semalam.

ZUKRI (dua dari kiri) menyerahkan zakat perniagaan Bank Islam kepada Jamil Khir untuk diserahkan kepada majlis agama Islam negeri dan pusat zakat negeri di ibu negara, semalam.

17 institusi perbankan Islam tempatan perlu bergabung elak ketinggalan dalam persaingan

Maxis untung RM540j

Posted on the June 1st, 2011 under Ekonomi by

Pendapatan suku pertama syarikat susut 2.2 peratus

MAXIS Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM540 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2011, penyusutan 2.2 peratus berbanding RM552 juta yang dicatatkannya pada suku sama tahun lalu.

Ia diraihnya daripada pendapatan RM2.133 bilion, susut 0.9 peratus daripada RM2.152 bilion.

Ketua Eksekutifnya, Sandip Dass, berkata penyusutan itu akibat daripada penurunan pendapatan daripada perkhidmatan suara, kadar penyambungan dan perkhidmatan Gerbang Antarabangsa.

Pendapatan tiga bulan pertama MAHB RM132.9j

Posted on the June 1st, 2011 under Ekonomi by

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperkenal insentif baru bagi syarikat penerbangan tahun depan untuk meningkatkan ketibaan penumpang di semua lapangan terbang yang dikendalikannya.

Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor, berkata ia akan menggantikan insentif sekarang yang akan tamat menjelang akhir tahun ini.

“Kami merancang untuk melancarkan program insentif baru, tetapi dengan sedikit perbezaan daripada yang ada sekarang,” katanya pada taklimat media mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Faizal berkata, insentif sekarang yang bermula pada Januari 2009, akan memberi ganjaran lebih menarik kepada syarikat penerbangan berdasarkan pertumbuhan penumpang pada tahun sebelumnya.

PROTON bakal masuk Poland

Posted on the May 31st, 2011 under Ekonomi by

 PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan seperti Rali Antarabangsa mendorong minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.

PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan seperti Rali Antarabangsa mendorong minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.

Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

MEASAT tawar khidmat satelit jalur lebar

Posted on the May 31st, 2011 under Ekonomi by

MEASAT Global Bhd (MEASAT), pengendali satelit tunggal negara akan menawarkan perkhidmatan satelit jalur lebar di pasaran tempatan, mulai 1 September ini, menerusi penggunaan khidmat satelit yang dikenali sebagai MEASAT-5.

Ia susulan termeterainya perjanjian membabitkan anak syarikat Measat dengan pengendali satelit swasta tunggal Thailand, Thaicom Public Company Ltd (Thaicom) di Nonthaburi, Thailand, semalam.

Perjanjian membabitkan tempoh 10 tahun itu membolehkan Measat diberikan hak eksklusif penggunaan sebahagian besar kapasiti dalam satelit milik Thaicom, iaitu IPSTAR, sehingga tujuh peratus.

Menerusi hak eksklusif itu, ia membolehkan Measat menjadi sebahagian operator pengendali satelit IPSTAR, sekali gus dapat menyediakan kemudahan kapasiti jalur lebar serta lain-lain perkhidmatan jalur lebar yang berkaitan untuk dipancarkan di Malaysia.

Malaysia keluar peledak artileri

Posted on the May 31st, 2011 under Ekonomi by

MALAYSIA akan menjadi negara pengeluar ‘propellant’ atau bahan penggerak untuk peledak artileri dan roket bagi industri ketenteraan seawal tahun depan.

Ia akan dikeluarkan Pyrotechnical Ordnance Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara anak syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Boustead Defence Technologies Sdn Bhd (BDT) dengan Prokhas Manager Sdn Bhd.

Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata propellant yang akan dikeluarkan dengan sokongan teknikal Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) itu boleh digunakan untuk menggerakkan pelbagai jenis artileri dengan saiz kaliber daripada 30 milimeter hingga ke 155 milimeter.

“Pengeluarannya nanti cukup untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebelum diperkembangkan bagi memenuhi keperluan pertahanan negara ASEAN.