Archive for the ‘Bisnes’ Category
SIAPA rugi apabila kerajaan flip flop mengenai pertukaran saham (share swap) yang melibatkan pemilik utama MAS dan AirAsia?
Kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan MAS tentu gembira. Mereka menentang urus niaga itu. Pengurusan MAS pun mungkin gembira. Mereka tidak perlu lagi ambil kira pendapat rakan kongsi mereka.
Pengasas bersama AirAsia (baru), Tony Fernandez tidak berkata dia gembira. Dia berkata dia lega.
Bagi saya, inilah flip flop rasmi era Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak yang sangat negatif kesannya.

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus plc Dany Bahar digantung sementara daripada jawatan itu bagi memudahkan siasatan terhadap aduan perlakuannya yang dibuat oleh syarikat induk kedua terakhir, DRB-HICOM Bhd.
Semasa ketiadaan Bahar, Datuk Lukman Ibrahim, Mohd Khalid Yusof dan Aslam Farikullah, wakil syarikat induk Lotus, diberikan kuasa oleh lembaga pengarah Group Lotus plc mengendalikan dan mengurus urusan pentadbiran harian Lotus Group.
“Mereka akan dibantu oleh Rusman Zaihan. Mereka diberikan kuasa untuk menjalankan tugas sepanjang tempoh penggantungan itu,” kata Proton dalam kenyataan di sini hari ini.

SHAH ALAM – Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia melancarkan Peugeot 408 serba baru yang menawarkan prestasi, ruang, elegan dan keselamatan.
Dikenali dengan kod nama T73 sebelum ini, 408 bakal menjadi penawaran terbaru jenama Perancis untuk pasaran Malaysia dan dijangka menjadi pesaing terbaru di dalam segmen C.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Syarikat Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, setelah menerima maklum balas positif daripada wakil pengedar dari Australia, Thailand, Taiwan, Indonesia dan beberapa negara lagi, kereta sedan itu bakal menjadi model eksport terpenting Peugeot yang dikeluarkan di Malaysia untuk rantau ini.

ORANG RAMAI melihat kereta Proton Prevé di salah sebuah bilik pameran Proton di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.

SERI KEMBANGAN – Proton Holdings Berhad (Proton) secara rasmi melancarkan model sedan yang terbaru – dikenali sebagai Proton Prevé menggunakan sehingga 94 peratus komponen dikeluarkan pengedar tempatan, sekali gus menjadi model Proton pertama bertaraf lima bintang menerusi Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan Preve amat dititikberatkan daripada segi konsep, reka bentuk dan kejuruteraan serta pengilangan bagi membawa Proton ke peringkat lebih tinggi.
“Kami telah bekerja keras dengan pengedar dan wakil penjual di bawah tender penglibatan awal pengedar (EVI) bagi memastikan konsep reka bentuk keseluruhan untuk sistem dan komponen Proton Prevé.

NORIAH akan lebih sibuk daripada biasa menjelang upacara rasmi di istana.
TUMPUAN mata Noriah Ashari seakan-akan enggan berganjak daripada televisyen skrin panel rata sambil mulut mungilnya tidak putus-putus memuji keindahan pelbagai rekaan busana yang dikenakan para permaisuri, kerabat diraja dan orang kenamaan yang hadir pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Rabu lalu.
“Afzan, cuba tengok pakaian anakanda puteri Agong, Tengku Soraya dan suaminya itu.