Archive for the ‘Bisnes’ Category

Kuala Lumpur: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu menyalurkan pembiayaan kepada usahawan kecil tempatan apabila akan meningkatkan jumlah peruntukkan pembiayaannya sebanyak RM600 juta bagi tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah peruntukkan itu dijangka dapat dimanfaatkan lebih 50,000 usahawan yang memohon.
Katanya, tahun lalu TEKUN menyalurkan RM508 juta pinjaman kepada lebih 45,000 usahawan daripada pelbagai sektor berbanding RM311 juta pada 2011.

SHAIPUR AZWAN ABDUL HAMID, 31, pernah berkecil hati apabila cuba mempertahankan keputusannya untuk berdikari dengan membuka gerai menjual burger dan roti john.
Masih segar dalam ingatan, dia pernah ditegur jiran, kenalan dan ahli keluarganya sendiri yang skeptikal dengan masa depan kerja tersebut. Begitupun, dia tidak pernah berjauh hati atau kecewa dengan pilihannya, lebih-lebih lagi dia kini sudah melihat pulangan hasil titik peluhnya itu.
Biarpun ‘pejabatnya’ hanyalah di tepi jalan, lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mesra disapa sebagai Wan itu mengakui bersyukur dapat menjana pendapatan demi menyara keluarganya.

PRESTASI…Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 di Menara PNB, semalam.
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan bayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2.566 bilion bagi tujuh unit amanahnya untuk tahun ini.
Terbaru, pengurus dana unit amanah yang juga anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2012, meningkat 0.3 sen berbanding enam sen seunit tahun lalu.

Berita baik! Kini anda boleh membeli barangan runcit secara online di MatRuncit.my pada harga promosi yang bukan sahaja setanding dengan harga supermarket atau hypermarket malah lebih murah lagi.
Semua harga yang ditawarkan adalah berupa ‘HOT Deal PROMOSI’ yang cukup menarik di antara 30%-60% malah mampu mencecah 80% pada masa-masa tertentu. Semua barangan yang dibeli akan dihantar terus ke pintu rumah anda!! Best kan..
3 Langkah senang untuk membuat pesanan online:

KUALA LUMPUR – Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semalam ekoran pengumuman penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baharu, Malindo Airways pada Selasa lalu.
Harga saham syarikat penerbangan tambang murah itu ditutup pada RM2.92 semalam, turun tujuh sen sesaham melibatkan 102.2 juta unit saham bertukar tangan.
Sehari selepas pengumuman pembentukan Malindo Airways, harga saham AirAsia jatuh 17 sen untuk ditutup pada harga RM3.02 dengan melibatkan volum 42.7 juta unit saham.

SANDIP (dari kiri), Raja Arshad dan Suren pada sidang akhbar mengumumkan keputusan kewangan Maxis di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) mencatat perolehan sebanyak RM4.445 bilion pada setengah tahun pertama dengan pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus berbanding RM4.291 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das berkata, segmen perniagaan bukan suara merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan tersebut dengan sumbangan sebanyak 62 peratus.

KUALA LUMPUR – Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.
Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.