Campak tepi jalan lepas gagal perkosa

Posted on the December 13th, 2011 under Tempatan by admin

AMPANG: Seorang wanita berusia 35 tahun melalui detik cemas apabila diserang dua lelaki yang mengacukan pisau dan memaksanya menaiki sebuah pacuan empat roda.

Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain.

“Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain.

“Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan.

“Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini.

Mangsa yang cedera di muka dan badan menghubungi kakaknya sebelum dibawa ke hospital serta membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Harian Metro


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • ROSMERAH5210

    PEMANDU TEKSI 2 PATUT BG HUKUMAN TERUK GANTUNG KJE SBB DAH BIASE WAT CAM 2…MEYAMPAH LAK AKU

  • ray

    aku jadi laki pun kadang2 malu dgn laki2 ‘bangsat binatang’ cuba la bini ke adik ke mak ke nenek ke moyang dioarang kena rogol mcmana agak2 rasa skt hati ye…

  • Niena_gler

    elok kne kt keluarga sndiri…baru diorg tawu!diorg nih elok kne gantung mati jer… msuk pnjara 10 tahun pun kalo da kau buat lg…mcm siyal!!!dpt kt ak jntan sundal nih cnfirm ak bunuh!

  • Achat82

     mn awak tau yg buat tu pmandu teksi?

  • wan

    beberapa jam kemudian? fuh boleh tahan.