Cabar Pandelela, peminat tuntut ‘janji kerat’

Posted on the August 10th, 2012 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.

Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

Johari antara lain menulis: “Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini…).”

Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.

Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, “saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen… siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi.”

“Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain… saya sedihlah,” katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.

Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.

Laman Facebook yang dibuka untuk menyokong Pandelela menyebut, “Johari sudah meminta maaf atas tindakkannya mengeluarkan status berbaur lucah terhadap atlet Malaysia.”

Ini merupakan kes kontroversi kedua melibatkan kejayaan dan prestasi atlet negara mengutip pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London.

Sabtu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal memperoleh pingat emas dalam acara badminton.

Pemantauan ke atas laman sosial Facebook dan Twitter mendapati mereka menuntut Johari, yang menggunakan nama Johari Yahiko dan alaun @JohariPain, agar menunaikan janji kerana Pandelela berjaya memperoleh pingat gangsa kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, Khairy Jamaluddin berkata, “orang yang paling benci tema ‘Janji ditepati’ adalah brader yang kata nak potong kemaluannya jika Pandelela menang pingat Olimpik. Oh mai.”

Seorang peminat Pandelela, Putera Miza berkata: “Kesian Johari Pain, kena kerat kali kedua, kah kah kah. Siapa suruh cakap macam tu, kan dah terkena. Apa lagi kita potong potong potong.”

Insan Kerdil pula berkata: “Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Sementara itu, terdapat beberapa akaun yang didaftarkan atas nama “Johari Pain Mohon Kerat”, “Johari Pain dah potong ke belum”, “Johari Pain ku tunggu janji mu”, “Janji Johari Pain Janji Dikerat.” telah mendapat jumlah pengikut yang ramai semenjak Johari mengeluarkan kenyataan “janji kerat” di laman sosial Facebooknya.

Seorang lagi peminat Khairulnnisa, menyatakan di Twitter “bila dah gelabah dan-dan buat statement ‘sedangkan Nabi ampunkan umat’, ada akal tak nak guna sebelum buat statement potong penis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat status yang memuji kemenangan penerjun negara itu melalui laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Pandelela berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.

Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik,” kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Billie Alan

    Lain kali ckp la bnda yg berfaedah sket..bwat malu diri sndiri jea..

  • pasukan kontinjen malaysia

    mcm ni ke org malaysia???mcm mner malaysia nk maju dlm bidang sukan..support lh skit..

  • sokong atlet malaysia

    len kli jgn pertikai kemampuan org..kn dh kena..

  • AreFizz10

    Janji johari pain janji dikerat

  • miss83

    khinzir la dia tu…… cakap 1 malaysia… kau cakap mcm tu sebab dia tu org sarawak kan….. ni tengok….PANDELELA RINONG ORG SARAWAK DPT GANGSA SUKAN OLIMPIK 2012….SATU2 NYA WANITA PERTAMA MALAYSIA YG MENDAPAT PINGAT SUKAN OLIMPIK…

  • ww

    kalau “johari Pain” kata nabi bleh maafkan umatnya,knapa dia xda sokong atlet malaysia?dia xda  guna akal kah?cuba kalaudia yang pergi bertanding,tp org memburuk2kan dia,apa perasaan nya?xda akal betul!!!WOI!!!!sokong la atlet negarasendiri,bukan nak bagi komen yg bruk…Guna akal ,bukn ikt suka hti sja mw ckp…berani buat,brani tanggung la…pergi la potong tu kemaluan Johari Pain,bru dia xda malu-malu lagi lepas hilang kemaluan..

  • Elfazieyla

    janji sememangnya wajib untu ditepati….saya…sebagai anak sarawak turut tersinggung dengan statement ni….plizz lh bro…ada otak..lu fkirlah….Tuhan bagi otak bukan tk jd bdoh…xda nk sokong…so..pa kata u tukar country je?boleh..p jgn lupa…jnji tu..tepati lh k…

  • Froggy_fergie

    waakakakakakak… pe dia kata..??/ sdgkn nabi ampun kan umat..??? spesis pe ko nie..??? cakap ikot sedap mulot…dh org tu menang…ko takot  plak nk kerat btg ko….. len kali nk bercakap gune akal…. gune pala otak…bukan pala lutut….ngok ngek tol….

  • Shahrudin Sabri

    jum kita ramai2 potong kemaluan dia…lepastu buang ke kedalam laut cina selatan kasi jerung makan …itu pun kalau jerung nak……..

  • Norizda

    huhu.. baru nak ingt nabi, baru nak kata manusia lebih suka tengok keburukkan.. dah dia yang merendahkan kemampuan org dahulu.. baru nak cakap mcm tu, malu la weeh…

  • Menez91amirul

    Johari pain…ang kena bt lar aku rasa…sebab kita dlm bulan ” kemerdekaan” kena lar dngan TEMA kita..”Janji ditepati”…apa lagi…tunjukan janji melayu ang tu..huhuhu slamattt……..

  • Adan1011

    ingatlah wahai teman…”janji” itu besar makna & tnggungjwabnya..fikir sebelum berkata2..ambil iktibar dgn apa yg berlaku..itu menunjukkan betapa besarnya kuasa ALLAH Yg Maha Agong..jgn memperkecilkan org lain sedangkan kite jauh lebih kecil & tersmbunyi drpd Nur ALLAH….SubahanAllah..Bertaubatlah…