Bunuh rakan untuk larikan wang

Posted on the September 19th, 2012 under Tempatan by admin

ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin (gambar kecil), 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Masalah

    Hebatnya senang-senang sudah jadi jutawan. Tunggu balasan akan hadapi….

  • demo

    kejam betol manusia ini, kerna wang ringgt sanggup korbankan nyawa org y xbdosa (al-fatihah), semoga kau mendapat balasan yg setimpal drp Allah y maha esa…amin

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000209409330 Nur Syahida

    Jahatnya, sanggup membunuh rakan sendiri…tidak juga kemana kalau diburu.Bodohnya….Takziah buat keluarga mangsa, harap bykkan bersabar. Ajal maut di tangan tuhan.

  • Arif_950

    takziah kpd keluarga allahyarham,bykkn bsabr.diharap pembunuh sebenar dpt tangkap secepat mungkin dan dijatuhkan hkuman setimpal..kj di safeguard g4s ni byk cbran dan dugaan..sya sndiri pnh bkerja disini

  • Emabellezza

    arwah Hasnul Hafiz adalah sahabat saya.. semoga Allh tempatkan arwah bersama org2 yg beriman.. juga kepada si pembunuh juga perompak.. semoga Allah bukakan hati kamu untuk serah kan diri..

  • rose75

    Al-Fathiah kepada arwah…..kpd keluarga arwah banyakkan sabar dan doakan lah agar ditempatkan dgn org org beriman….. Sy amat sedih dan terkilan kerana sy juga anggota Safeguard G4s .

  • mim

    takziah..semoga penjahat ye dpt tangkap..sanggup membunuh rakan sendiri kerana wang..