Buka Hijab Melihat Jin (Makhluk Halus)

Posted on the July 17th, 2012 under Agama by admin

Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :

“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”  (Surah Al-A’raf Ayat: 27)

Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”

Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”

Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jindalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.

Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :

“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”

Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :

1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menaguasai jin.

2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).

3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.

Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelapBurung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.

Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Muzaicrazie

    taip komen anda di sini

  • Akmal_amin33

    Yg uszt2 dok mengubat pesakit yg terkena sihir 2..adakah mereka dpt melihat jin ???atau org yg terkena sihir… dpt kah mereka melihat jin????

  • san

    ilmu Allah itu luas…Allah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini..jin pulak mempunyai dua unsur angin dan api,manusia empat unsur angin,tanah,air dan api..lagi satu jin,syaitan,dan iblis(azazil) adalah makhluk yang berbeza..syaitan dan iblis(azazil) mmg mustahil manusia dan jin dpt melihatnya…bacalah surah An-Nas,dan kamu mesti akan memahaminya,kalau kamu kata mustahil manusia dpt melihat jin dlam bentuk asalnya,bagaimana pula dizaman nabi sulaiman,manusia dan jin hidup bermuafakat…dan bagaimana pula jin boleh mengajar manusia tentang sihir pada zaman nabi sulaiman sehingga sekarang…lagi satu,kitab2 karangan ulamak terdahulu juga ada menerangkan tentang salah satu nama Allah(asma’ ul-husna) serta amalannya yang boleh membenarkan manusia melihat perkara yang tersembunyi(ghaib) dengan izin Allah SWT…

  • nawi

    ilmu Allah itu luas.. sememangnya ada hijab di mata manusia yang membuatkan kita tidak dapat melihat benda ghaib ini termasuklah jin.. bagaimana pula dengan mereka yang mempelajari ilmu yang boleh membuka hijab? contohnya,.. alam meditasi yang biasa di praktikkan oleh segolongan pesilat boleh membuka hijab malah ada yang dapat berinteraksi dengan makhluk jin..(mungkin tidak pada wajah asli mereka). saya x berani nak cakap pnjang kerana pengetahuan saya amat terhad dalam hal ini.. insyaALLAH,.. sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama.

  • Azlan Adam

    sebenar nya…. xkan bergerak sesuatu zarah tanpa izin Allah… adakala
    nya sekiranya Allah menghendaki.. ” Kun Fayakun” maka ” jadi lah”…
    atas Kuasa Allah utk mmbenarkan sesiapapun di antara makhluk Nya utk
    melihat alam ghaib……. Maha Suci Allah…

  • Umsra

    Bagi manusia mungkin mustahil, bagi Allah tiada yang mustahil, sebab dia yang mencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi dan termasuk apa saja yg begerak dari sebesar-besarnya sehingga yg sekecil zarrah dalam pengawasan Allah. Pesoalan dapat menguasai, dapat melihat itu tidak susah kita mahu atau tidak samada bentuk asal atau bentuk lain tapi awal saya ingatkan “Sebaik-baik bentuk jin adalah seburuk-buruk bentuk manusia” ingat itu kalau IMAN tak dapat menguasainya pengsan. Pendak kata belajarlah dari orang yang mengetahui jangan cari orang yg bukan ahli.