Berpuluh ribu Banjiri Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam di Shah Alam

Posted on the January 1st, 2012 under Luar Negara by admin

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Lawak

SHAH ALAM, 1 JAN: Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda.

Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham Kamikaze dan Dakmie, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

Sham Kamikaze

Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu ‘Asma Ul Husna’. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar.

Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah.

Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama.

Jemaah yang hadir

Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata Kerajaan Negeri mempraktikkan pendekatan itu kerana menyedari dan memahami akan minat dan citarasa golongan muda yang menyukai hiburan dan selebriti muda.

Dengan memasukkan elemen hiburan, katanya, pihaknya turut menyelitkan unsur keagamaan sebagai pendidikan supaya ianya berjalan serentak serta dapat diterima semua pengunjung yang hadir.

Katanya, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya berpuas hati terutama kehadiran golongan muda sebagai golongan majoriti dalam program berkenaan.

Ramai anak muda yang hadir

“Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial.

Jadi bila kita buatkan satu program seperti ini ianya agak santai, agak relaks dan mereka datang bersama keluarga dengan majoritinya orang muda maka mereka mendapat pendidikan yang membangunkan mereka dan mereka faham apa ertinya sambutan tahun baru,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang menjangkakan saingan daripada pihak lain yang turut menganjurkan program sambutan tahun baru dan pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat diterima terhadap majlis itu dan ianya terbukti berjaya.

“Saya rasa ini di antara tanda positif sokongan kepada Kerajaan Selangor, keyakinan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang dilihat bersifat pembangunan, membangunkan manusia,” katanya lagi.

Gambar kredit kepada Syahirul

TVSNEWS


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Oraka_pein

    very2 proud of you UAI…sincerely from ur no 1 die hard fan…walaupn xpnh dpt tgk dkat sbb org xpnh laa siket yg dtg kalau UAI bg cramah…i really do admire u…u have my utmost respect…100k jemaah means u r a phenomenon…ape aku ckp ni??suke sgt smpai speechless…hahahaha…solute u UAI…

  • Wee11r

    ANAK MUDA SOKONG ISLAM

  • balsam plant

    tahniah zizan…..smoga sentiasa d berkati Allah. saya bangga dgn anda.juga utk ustz kesukaan saya….

  • Fiezawawi93

    alhamdullilah…

    daebak!!

  • Syaiful

    Assalamualaikum w.b.t
    Camni best… i like….dah lama kita dimomokkan dgn aktiviti persundalan di malam tahun baru, even anak dara saya nak ajak gi tgk bunga api pun saya berat nak bawa sbb tak mau ia jadi budaya padanya…. dan lebih sakit mata kalau tgk remaja berjalan berpeluk-pelukkan masa malam tahun baru. Kalau saya bawa anak juga di malam tahun baru… saya dah dikira shubahah dan anak akan cakap…. alahhhhh ayah tak kisah….syabas dan tahniah… Insyalllah saya akan mendoakan kesejahteraan para pemimpin yang menjadikan Islam sebagai landasannya. Islam is the true way of life…salam.

  • Pingback: Hukum Tonton Cerita Hantu – Ustaz Azhar Idrus — Harian Metro Online

  • Pingback: Hukum Pemakaian Tudung Kaum Wanita – Ustaz Azhar Idrus — Harian Metro Online

  • babamelaka

    bila melewati laman ni..teringat lak pd blogger yg memuatkan artikelx fitnahnya..tak dek sokongan lansung..kesian.

  • Aza_ayim

    bukan senang nak tgk zizan ad kat program2 cmnyh , ap ap pown terbaik lahh zizan :)