Bekas kapten kapal mengaku nabi akhir zaman

Posted on the July 20th, 2012 under Tempatan by admin

DIDAKWA…Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.

MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.

Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.

Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Amir Syahmi

    truskan siasatan, jka  ddpati n t’bukti slh,hkumlah .k bai

  • Koesnadiyacob

     Manusia sudah mulai kehilangan akal dalam menyikapi perkembangan Ilmu Teknik maupun Ilmu Sosial demikian juga dengan perkembangan Agama….Disinilah kita perlu waspada terhadap semua perubahan yg sangat extrim dewasa ini…. kecuali dengan IMAN dan Ketaqwaan….

  • nuur atiqah

    manusia akhir zaman . kalau bab bab menghina agama islam memang aku tak boleh tolak ansur . agama ISLAM agama yang suci . jangan sesekali di hina ! semoga ALLAH bukakan pintu hati kaw untuk bertaubat .

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1462155380 Mohd Fahmi Rossi

    dah gila dah ni…

  • Lynzaidi

    parok dah tuu……

  • http://www.facebook.com/mohd.ismail.718 Mohd Ismail

    kalau betul dia kata gitu …cuba bedah tengok hati dia takut…takut dia buat pembedahan tukar hati dia guna hati lembu…..
     

  • Pedangbiru67

    mental dah calar, elok sangatlah diambil tindakan yang sewajarnya dan digilap semula supaya balik ke pangkal jalan.

  • Ade

    mabuk gara2 kebanyakan berlayar ya om sampai2 ngaku nabi sm Allah SWT…?? wkakakakakakakk~ xDDD

  • http://profile.yahoo.com/2K3GUWNULENCQKTKXF4C2I52IQ Zulkefli

    Kalau zaman Saiyidina Umar Al Khattab r.a aku rasa budak ni dah kena dah…..
    apa nak jadi…?

  • razman

    kalau wa sumbat je lahanat ni dlm hospital mental seumur idup..

  • Muhammad fitrie

    AstargfiurullahAl`Azim