Bayi perempuan ditemui dalam masjid di Setiu

Posted on the September 19th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah masjid di Kampung Saujana, Setiu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada jam 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh. “Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan.

Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- BERNAMA



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Koribob_91

    Masyaallah apr nak jadi dunia akhir zaman.terengganu pondah menular gejala buang anak ni.di manakah tanggungjawab semua pihak

  • Ewakek

    sekarang ni bebudak pempuan malaysia dah teruk sangat tidak takut pembalasan dari ALLAH.Terutama negeri terenganu byk sgt kes……Ketua menterinya apa dia buat…..tak tengok je……

  • Emyliaezatty

    Benda cam nie kt x leh salahkn negeri atau ketua menterinya. Yg amat patut d persalahkn pempuan yg wat maksiat tu n jantan tu sekali. Klu pempuan tu x mudah kangkang bende tu dpan jantan perkara anak luar nikah x kn terjadi. Jd yg boleh sy ckp pd smua kaum hawa jgala kemaluan sendiri jngan mudah bg percuma pdjantan

  • Rara Ahmadnuddin

    huh, bgus lagi letak kat masjid dr tong sampah.. atleast org jumpe n masih hidup. tp lebih baik kalau die jage .. :) ya allah, jauh kan la diri ini dr melakukan perkara mcm tu .. 

  • mazri bin wook

    DUNIA AKHIR ZAMAN…TNGGU LH SAAT-SAT KEHANCURAN BUMI…DUNI SEKARANG TELAH KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH..YA ALLAH AMPUNI LH HAMBA-HAMBAMU YANG TAKK BERDOSA. AMIN.