Bawa Azimat Sirih ke Dewan Periksa

Posted on the February 7th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Harian Metro


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Style_crew88

    kalau bahasa jawa ade x..lala

  • Cyclonegurl94

    untuk subjek calculus xde k? haha

  • Wancempo

    Orang biasa nya bawak toyol. Cara dia sama jugak. Lipat dan masuk dalam poket hahhaa

  • Takbur

    dorang takut kene tangkap time exam, dorang wat la citer mcm ni nak cover line. manusia ni tak bodoh. dorang memperbodohkan org lain. sedangkan jawapan dlm sirih tu. huhu. 
    orang lain pakai “toyol” kantoi sbb common sangat kertas. ni daun. lagi advance nampak mistik. huhu. itu pendapat aku. dorang saja nk kenekan org. =D

  • http://www.facebook.com/pijai Hafizal ‘Pijai’ Khairi Omar

    syirik benda ni. dosa besar.

  • Anonymous

    wow, ada kamus grammar dengan vocabulary ka dalam sireh tu?

  • Onizuka80an

    Perbuatan menyekutukan Allah dosa paling besar

  • Niesaqdandelion

    nama je pelajar ipt,,,ishhh,,syirik!

  • Nabilah_amalina

    psikologi agaknye 

  • samad

    ipt mne la amik student ngok gney

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    perghhh.. ni kali laa.. dorang guna khidmat TOYOL paling besar..