Bapa terjun tingkat Kondo 21 bersama dua anak

Posted on the June 28th, 2012 under Tempatan by admin

SERDANG – Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.

Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.

TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka.

Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.

Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Bariah Siraj

    Astaghfirullah … permata hati yg sungguh cantik. Alfateha.

  • Yatie72har

    speechless, innalillah. Smg Allah merahmati roh2 anak2 kecil ini, dan ditempatkan mereka di syurga firdausi. Kpd ibu, redha dan berserahlah kepada ALLAH atas segala ujiannya.

  • http://www.facebook.com/kfeizaldzulkernain Feizal Penjejak Awan Mendung

    mati sesat.

  • Rriz

    Wanita bekerjaya mintak cerai lagi

  • Www

    bodoh mu sendiri tu,,,kau rgl kn anak2 mu,,,, luan palui bah kau tu,,,,,,,, luan gila harta……
    kesian ku liat anak2 tu lawa lagi muka nya n look good……  kejar hata th kau lagi jgn th kau fikir sal apa anak mu mau… skrg ni ia dsyurga dah,,ia dpt lbih dri apa ada didunia.allah lebih sayang mereka…. inalilah wal ina ila rajiun,,

  • Mrs_erie

    Al-fatihah… smga kdua ank kcil dicucuri rahmat…. Amin….

  • ABUTCHER

    Salah ibu..selalunya anak2 ibu akan rebut dan bela. Tapi bukan perempuan sekarang. Mencari kebebasan untuk memikat lelaki hidung belang yg beharta tanpa mengira isteri orang

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003482626488 Cee Tuye-tuye

     jgan nk brkta ssedp hti..kt x th pe msalh sbnar…so ucpkn takziah tu lbih baek dr mnmbahkn crita…ok=)

  • Alongsu

    al-fatihah buat ank2 tu dan mereka pasti akan menunggu ibu didepan pintu syurga nnti…insyaallah

  • Wirda

    salah ibu..spatutnya ibu yg jga ank2..bkn suami…………..

  • Soldier_ranjer1

     alasan die snang je klu die idop…die wat cam 2 sbab…1-anak2 die kcik lgi…dose..insyaAllah xde…2- anak2 yg xde dose kan aset ke syurge…3- die xnak mati ssorg bodo2 cam 2 je…..hurmmm…fahaman sy je…

  • Non

    Jangan nak cari salah orang saja … tanggungjawab jaga anak suami isteri bukan berseorangan …

  • Non

    Jangan la menuduh sesuka hati …