Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

Posted on the March 8th, 2013 under Politik by admin

Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. – Foto ihsan The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR – Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab – mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,” kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

“Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

“Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

“Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara,” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

“Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

“Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

“Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara,” katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

“Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

“Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

“Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

“Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

“Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti,” katanya lagi.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

  • mentibang laut

    ambil masa yg lama bru nk cita hal yg sbnar..waduh2 panas nih..

  • Nina

    Bapa tak percaya anak. Siapa masalah ?

  • kalaimali

    Dia insaf doh tu,, kita kene kesian ko dia, , kalau umur pendek siapa nak tolong minta maaf, allah maha mengetahui dan bijaksana.amin

  • sebening lalat

    pening2…..mn yg betoi nie….politik2..iyea ooooojer

  • TV3@utusan.BN

    Setelah sekian lama memandam rasa, akhirnya bapa saiful menceritakan perkara yg sebenar..yalah, simpan lama2 kalau hati tak tenang buat pa juga noh..menyeksakkn jiwa je..

  • Paklah

    Walau apa2 pun buat lah kenyataan bersumpah dengan kalimah ALLAH barulah orang bolih percaya cakap2nya

  • Paklah

    Kalau bolih buat lah pengakuan bersumpah dengan nama ALLAH baru lah bolih orang percaya

  • F18

    Kalau ini mcm tak payah perlu polis dgn lawyer lah semua Allah boleh urus ! Bodoh………

  • wan8666

    apa pun semua tu tak menguntungkan rakyat cam kita ni… buang masa ja.. kejap ya, kejap tak.. kalo nk ikut xlarat lompat parti la semua…

  • yunk

    apla nk jd….dnia2, knpalah smpi b’smpah gna ktab suci….last2 lain plak ksahnya……alhmdlah akhirnya t’bngkar jgak ksah yg jd tnda tnya slma ini n sykurla mdh mdahan Allah ampunkn ap yg tdk btl d’lkukan n d’buat pngkuan kmbali