Bandar Puchong mirip Hatyai

Posted on the July 17th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • angah

    brickfeld cam ne plak…

  • Farahoney78

    BETUL!! SAYA SOKONG… KALU DULU PUCHONG X MCM NI, SKANG NI MCM2 ADA.. SAYA DH MENETAP DI PUCHONG SEJAK THN 1985.. PUCHONG DH X MCM DULU, MMG BERKEMBANG PESAT TP MELAMPAU2 SGT.

  • Reen_reen2002

    minta pihak bertangungjawab ambil tindakan…

  • Azam Garage

    bila org bukan islam yg bersunguh membangunkan. ini la kesanya.