Balasan perkosa adik ipar

Posted on the August 8th, 2012 under Tempatan by admin

KOTA BHARU: Seorang tukang kayu bernafsu binatang kerana merogol adik iparnya tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 24 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 29 Mei 2011.

Lelaki itu yang dituduh merogol mangsa yang kini berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011, didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa bersama suaminya berada di rumah ibunya apabila tertuduh datang dan memukul serta mengheret mangsa keluar dari rumah disaksikan suaminya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.

Tertuduh membawa mangsa ke rumahnya dan mengheret mangsa masuk ke dalam bilik sebelum menanggalkan kain dipakai mangsa lalu merogolnya. Mangsa yang cuba melawan ditumbuk di mulut.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • No Name

    Ganasnya! heret cmtu je depan laki???? 

  • Ginggozcrew84

    laki pun takut.. bengong la..

  • donald1001

    mesti ade cerita lain, klu x , xkan laki tgk saje, cu cerite

  • Asha Seha

    alalaaa suami pe tu..sepatut nya suami pertahan kan maruah isteri
    yang dia dok tgok je isteri kena heret…
     

  • nananaa

    asal x letak hudud.. time ni lah kantoi dah betul merogol..kasi hudud lah..

  • Baizura

    apesal si laki tak pertahankan maruah istri tu..aduyaiii..ape nyer laki ler camtu

  • wawa

    peliknyer…patutnyer suami cmtu panggil dayus jer coz xleh nak lindungi isteri..watpe kahwin kalau tgk jer isteri kene rogol…sbb takut jer sggup biarkan??? mintak ceraila kalau dpt suami cmtu…

  • peka

    berita tak telus..kena bagitahu kejadian sebenar kenapa lelaki tu boleh bertindak kejam macam tu? mesti ada sebabnya, lepas tu, kenapa pula ibu dengan suaminya tak buat ape2..kejadian bukan kerana nafsu ni..kerana dendam..sakit hati barangkali…

  • Iam_emolistic

    erm llki zman skunk. pempuan tu cm placur jew bg dyeorg…

  • Adlinalyn

    agak2lah…

  • Adlinalyn

    dayusnya…si suami..penakut,apalah gunanya tu sbgi ketua  keluarga ,tdk dpt bbuat apa2 saat masalah..kesian2…