Awas! Sihir kini menular melalui Facebook

Posted on the November 13th, 2011 under Tempatan by admin

KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.

“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.

“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.

Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.

“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.

“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.

Sinar


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • m.e.s

    ini ke ‘berita’? harian metro popular sebab tak habis jual cerita pasal seks, orang mati, and now this?

    stupid. stupid. stupid.

  • Sam

    nama pon tabloid.. 

  • Suraya Ali

    saya percaya apa yg dikatakan disini,pernah terjadi pada isteri sepupu saya.

  • Suraya Ali

    saya percaya dgn apa yg dikatakan ini kerna pernah terjadi pada isteri sepupu saya.

  • Zoulshaz

    sy nk tnye bagaimne care nk elakkn dripde tkne sihir trsebut ..
    ad x care atau bacaan yng boleh mngelakkn dri brlakunye gejale nie,,.

  • http://www.facebook.com/people/Roziana-Ahmad-Razali/1182483004 Roziana Ahmad Razali

    bacalah metro ni . macam sekarang ni

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000682603523 Ummi Ieda

    berhati-hati bila nak upload gambar dlm facebook…

  • Daivista

    solat 5 waktu jgn tinggal, selalu baca al-quran, bykkan zikir, jauhi maksiat…InshaAllah syaitan takut nk dekat…

  • faziera noor amri

      DOA JADIKAN AMALAN KITA
    Ayat-ayat pembatal sihir
    Ayat-ayat untuk pembatal sihir
    Cara amalan ialah niatkan baca dan sedekahkan untuk badan kita.
    Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yg datang akan terpantul semula kepada si pengantar.

    bySyed Hanafi

  • faziera noor amri

    DOA JADIKAN AMALAN KITA
    Ayat-ayat pembatal sihir
    Ayat-ayat untuk pembatal sihir
    Cara amalan ialah niatkan baca dan sedekahkan untuk badan kita.Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yg datang akan terpantul semula kepada si pengantar.bySyed Hanafi

  • faziera noor amri

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=289651384397370&set=a.288263401202835.85293.128378787191298&type=1&ref=nf
    DOA JADIKAN AMALAN KITAAyat-ayat pembatal sihirAyat-ayat untuk pembatal sihirCara amalan ialah niatkan baca dan sedekahkan untuk badan kita.Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yg datang akan terpantul semula kepada si pengantar.bySyed Hanafi

  • Peter Wesker

    sad… still got people believing in this piece of shit… truly truly sad…

  • http://www.facebook.com/tok.ketua2 Tanah Kubur

    huh….bahaye…

  • http://pulse.yahoo.com/_B75TCD3K3P5PQFZEUO3URYCQYE imani

    dah kene br tau

  • http://www.facebook.com/people/Md-Yusni-Othman/100000769228813 Md Yusni Othman

    sebelum membuka fb bacalah ayat Qursi@3kul:disqus  niat sgb benting diri…

  • http://twitter.com/mizznanee nanee

    saya juga percaya dengan apa yg dikatakan ini….sbgai peringatan utk diri sendiri juga..

  • Lolo

    Hahhahahahahhaha lawaknya…. yop! ni bukan jin la. ni sakit mental namanya hahahhahahahha

  • Ilmuimanamal

    Salah manusia jgk sb pg guna jin ..syaitan ni memang kerja dia dah menyesatkan manusia..Cuba kita amalkan doa2, baca qur’an ni drp duk hantar sihir kat orang..jgn kawan dgn syaitan..kita dah ada pendinding Allah SWT bagi..dan baca dan amal..

  • http://duniadentist.blogspot.com/ dr Zatielismail

    hi. camana mekanisme nya?

  • Mer

    ini bukan jin, tapi jin internet tu sendiri…. takleh fb meracau la dier… macam orang dah gian dadah… lebih kurang la tu…

  • http://www.facebook.com/chow.shinchan Chow Shinchan

    “Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya…
    …bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang…

    encik, tu bukan terkena sihir jin… itu akibat ketagih berinternet lalu tidak mahu bersosial kecuali secara maya… sindrom ini kalau di negara Jepun dinamakan “hikimori”. cuba cari maklumat mengenai “Budaya atau Gejala Sosial Hikimori di Jepun”. kalau di negara barat, org yg mengalami masalah hikimori digelar “technology geek” atau “geek” sahaja. carila dan bacalah artikel2 yg berkaitan. anda akan tahu sebab musababnya serta ciri – cirinya. bukan ingin mempertikai kewujudan makhluk halus seperti jin, tapi masalah ini merupakan salah satu masalah sosial di negara2 maju. ya lah, “semuanya di hujung jari anda, kenapa mahu bersusah payah lg kan?” itulah ungkapan mereka selalu.

  • Zad_89

    tinggl jew smua owg dri main fb…itu je jln yg tbaik…xla ada apa2gngguan pun

  • http://www.facebook.com/people/Ridzuan-Razali/100000460667491 Ridzuan Razali

    nak yang paling ringkas dengan baca ayat penggerak pun xpea…tp kne amalkanlah…kalau Allah nk supaya kita kena akn kena jugak..cuma kita usaha berdoa jelah supaya kita terhindar dan sentiasa dilindungi…

  • Azman2102

    layari laman sosial terbaru http://www.clickchat2u.com

  • Akmal_d4nial

    de ni fon ustaz nie x?
    lau de tolong sms no dye
    0133159813

  • http://pulse.yahoo.com/_VCS3DPUWUGYX7AEAMVFNFQGWZQ Ramlan

    Ass…….Wr,Wb.Jalamkan Sholat Lima Waktu Di Tamabah yang Sunah,Sholat Tahajud Dan Sholat Dhuha Secara Terus Menerus, Sebelum Buka FACEBOOK.Agar Jangan Sampai dan Jauh Dari Kena Sihir di Internet.dan Selamat Menjalankan Perintah – perintah ALLOH swt.Amin Wassalam .Mualim Ramlan

  • ahmad

    akm. bertawakkal sahaja kepada allah……

  • Basha_1973

    untuk elak dari terkena sihir baca selalu setiap kali lepas solat, ayat pada surah al-furqan, ayat yg ke 23…. selamt beramal

  • Wayne Rooney

    ini sakit mental la bro. mak bapak tak jumpa doktor terus jumpa ustaz.

  • Nordeanjaafar

    makna sebenar perkataan tsb : BOMOH ,TABIB ,DUKUN  TUKANG UBAT ,dan DOCTOR ada LAH ….makna yang sama..jangan meletakan bomoh dukun dan tabib saorang yang jahat yang mengamal kan ilmu sihir..perkataan RUKYA dalam bahasa arab atau jampi2 dalam bahasa melayu…sebelim datang nya ilmu2 manusia mengamal kan petua2 …selepas datang nya ugama manusia mula pasrah pada ugama.tsb dan.sebelum kedatangan islam di nusantra..

  • Nordeanjaafar

    darullsyifaQ dalam perkataan arab dalam makna bahasa melayu nya pusat perubatan..di asas kn oleh prof dr ustaz haron din asa nya ustaz haron din menerima ilmu awal dari ayah nya di selatan thailand..arwah bapa nya asal orang siam berugama islam…

  • Mnershad04

    Salam..

    Saya ingin tahu lebih lanjut alamat Darussyifa di USM Kubang Krian.

  • Ennall zainal

    assalammualaikum semua kawan kawan semua semoga sihat sejahtera semua ..apa apa pun yg kita nk lakukan didalam kehidupan mulai lah dengan bissmillah..ingat kt allah taala yg mencipta segala nya ..insyaalah kalau kita sentiasa ingat pada nya ..berfikirlah dengan nawaitu yg ikhlas ..memang lah manusia dilahir kan dan diciptakan paling sempurna dan paling tinggi akal fikiran dari mahluk mahluk lain kt muka dunia ..tapi tau kah kawan kawan semua yg merosak kan nya adalah manusia juga betul atau tak terserah pada kawan kawan semua memang tk dinafi kan facebook ni bagus kalau digunakan dilandasan yg betul ..tapi sepanjang penghayatan saya ramai juga yg mengambil kesempatan yg tidak sepatutnya dilakukan melalui facebook ..kadang kadang saya fikir dah macam tempat untuk manusia menipu ..sesama manusia ..kenapa ye ..sampai bila wuallahhualam ..terutama pada golongan muda mudi yg terlalu dahagakan hiburan semata mata .so mari lah kawan kawan semua kita hapuskan sikap yg tk betul dari diri kita ..insyaallah allah sentiasa menyokong kita seandainya kita dilandasan yg benar…ikhlas dari pelayar facebook 

  • Nazhar_1411

    sekarang zaman IT,mcm2 boleh jadik….tanda2 kiamat hampir dekat dh nie…..renung2 kanlah…

  • ikan bilis

    kenapa org Islam jer yg ramai terkene jin FB ni??

  • gewe

    sbbnye.. syaitan xkan cari org kafir @ orang agama lain..misi syaitan ngan iblis kan hendak menyesatkan org islam sampai kiamat. itu adalah janji dia n Allah telah tunaikan. dia xkan cari org agama lain @ orang kafir sbb dan mmg bersekutu dgn dia… wallahu a’lam. 

  • gewe

    ustaz sharhan selalu bepesan, bacalah ayat ” wa hifzan min kulli syaitonirrajim..” lupa la plak surah apa.. baca setiap ari, setiap saat. duk dpn laptop main fb pun baca gak ayat ni.. Wallahu a’lam. 

  • gewe

    kita wajib percaya kepada benda2 ghaib. smua tu ada.. Syaitan, iblis, syurga neraka..

  • gewe

    ustaz sharhan selalu pesan, bacalah ayat ” wa hifzan min kulli syaitonimmarid”. x ingt la plak surah apa.. insyaAllah akan terhindar daripada sihir dan jin. Wallahu a’lam. 

  • Pazwannie

    terima kasih..

  • Shahktar

    Alasan budak tu dh memang malas skolah..taunye main game n pesbuk..memang x mustahil dlm bdan budak tu ade jin,n jin tu la yg menyokong budak tu malas skolah..memang saye akui sihir juge bleh digunekan mlalui sms n pangilan telefon,ape lg mlalui facebook..mungkin secare kebetulan,n budak tu pun take advantage utk lindung dirinye yg dh memang malas skolah..dh lame saye tahu memang mlalui facebook juge,jin nsihir bleh tersebar..tp utk kes budak tu,die memang dh addict online n addict malas skolah..