Awas! Kelab murtad di laman sosial Facebook

Posted on the February 17th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Antara pandangan yang dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandungan ayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memapar objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.

Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di neara ini serta pada masa yang sama membuat perbandingan mengenai beberapa negara Islam yang lain.

Selain ahli yang sudah muratd, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad SAW, malah kepada mufti, ulama dan juga umat Islam.

Harian Metro


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Muslim

    HARAP PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN SEGERA KEPADA GOLONGAN2 INI KERANA PERBUATAN MEREKA YANG SUNGGUH MELAMPAU DAN MELAMPAUI BATASAN KEWARASAN AKAL..TAMBAHAN JUGA KEPADA AHLI NON-MUSLIM YANG JUGA MENGHINA/MENCERCA DENGAN TERUK ISLAM/PAKAIAN ISLAM/ALLAH DAN RASUL KITA PERLU DICARI SEHINGGA KE LUBANG CACING,DIPENJARA DAN DIAJAR SERTA DIDAKWAH SECUKUP2NYA SUPAYA MEREKA SEDAR AGAMA ITU PERLU DIHORMATI DAN APA2 PERSOALAN AGAMA PERLU DIRUJUK MENGGUNAKAN MEDIUM YANG BETUL SUPAYA TIDAK MENDAPAT JAWAPAN YANG SONGSANG….PERKARA INI PERLU DIANGGAP SERIUS OLEH SETIAP BADAN KERAJAAN/AGAMA/BUKAN KERAJAAN KERANA IA ANTARA BARAH YANG AKAN MENULAR DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM DI NEGARA TERCINTA DAN JUGA  DEMI MENJUNJUNG SURUHAN ALLAH IAITU MENYERU KEPADA YANG HAK DAN MENINGGALKAN YANG BATIL…

  • Ebeny_kakiku

    nauzubillah min zalik!! berilah rahmat kepada mereka2 yang memesongkan ajaran suci islam .. saya dengan sebulat suara, MEMBANTAH! 

  • HambaALLAH

    sebak membaca…hidup dan matiku kerana ALLAH..

  • Cynderquil

    SAYA BANTAH KUMPULAN INI!!!!!!!

  • Aryat86

    adakah pemerintah malaysia tegas dengan isu ini?tidak,hanya hangat2 tahi ayam ja.tp berlagak macam hero…..

  • Naamfo1

    pihak pemerintah,penguatkuasa agama tolong ambil tindakan.da melampau sgt ni.memang lahanat kelab murtad ni.

  • Cyber Jihadism

    KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN SEKERAS-KERASNYA UNTUK MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AGAMA !

  • Zzzz

    mana jamil kihr xbuat kerja hampeh punya menteri….duit zakat tau plak nak sukahati guna..p la bwk hassan ali tue buat kerja bunuh org yg murtad!!!

  • Germany

    Biadab… masuk NERAKA sana!! cepat ancurnya dunia ini kalo gini truss!!

  • Germany

    Ekh.. kalian orang MALAYSHIT/MALAYSIA…  haha…

  • Germany

    Ada isu ini..ada itu… mau nya apa sih.. kaya ngga ada kerjaan bikin ginian

  • Fifah_faris

    astaghfirullahhalazim…menakutkn….harap2 phk berkuasa mengambil tndkan scepat mgkin sblum lebih ramai umat islam terpesong agamanya…

  • Dania

    Hukuman bunuh wajib dijalankan…

  • Amandamai

    Apa salah Melayu di murtad? Pada zaman dahulu Melayu pun bukan beragama Islam. Jika agama yang pilih boleh manfaat untuk masyarakat, pekerjaan, kejayaan, keharmonian, keadilan apa salah ia memilih? Semua manusia adalah sama janganlah alasan agama dibahagikan baru dunia ini boleh aman dan damai.