Author Archive

Gempur Singapura

Posted on the July 25th, 2011 under Sukan by

MALAYSIA tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura bagi memadam kelebihan skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin.

Dan tugas itu bukan mustahil untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan jentera serangan yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Manakala penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya pula berjaya menjaringkan gol pembakar semangat dalam perlawanan itu meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian.

Benteng hilang fokus

Posted on the July 25th, 2011 under Sukan by

SELEPAS status juara Asia Tenggara dicalar musuh tradisi, Singapura, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal perlu segera memulihkan semangat pemain Harimau Malaya kerana peluang mereka masih belum tertutup meskipun tumpas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, kelmarin.

Baki 90 minit permainan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini bagi aksi timbal balik untuk menentukan slot ke pusingan ketiga harus digunakan sebaik mungkin pemain Malaysia meskipun skuad Singa kini memiliki sedikit kelebihan.

Di sebalik keyakinan skuad negara untuk mencipta kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua untuk layak dengan peraturan gol di tempat lawan, persoalan juga timbul sejauh mana benteng pertahanan boleh menahan asakan anak buah Radojko Avramovic jika prestasi pertembungan pertama diambil kira.

Pemain Singa Utara kena lamar

Posted on the July 25th, 2011 under Sukan by

BIARPUN Perlis sudah tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim 2011 yang bakal bermula September ini dan turun beraksi dalam Liga Perdana musim depan, situasi itu tidak sesekali menjejaskan minat pasukan lain untuk memancing khidmat beberapa pemain skuad Singa Utara.

Sekurang-kurangnya dua tonggak utama, kapten pasukan, Azmizi Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Tibor dan pemain sayap lincah, Mohd Faiz Subri diminati pasukan Liga Super bagi memperkuatkan cabaran di Piala Malaysia 2011.

Antara pasukan yang berminat adalah juara Liga Super 2011, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, T-Team, Kedah dan Perak.

Uruguay buru gelaran ke-15

Posted on the July 24th, 2011 under Sukan by

BUENOS AIRES: Uruguay akan berusaha memburu rekod kejuaraan Copa America buat kali ke-15, mengatasi 14 kejuaraan dikongsi bersama negara tuan rumah Argentina, sekiranya mereka mengalahkan Paraguay pada perlawanan akhir di Stadium Monumental awal pagi esok.

Uruguay tidak mampu bersaing dengan pasukan terdahulu yang menjuarai dua Piala Dunia dan dua pingat emas Sukan Olimpik pada babak pertama abad sebelum ini namun dalam era yang menyaksikan taktik lebih diutamakan, pencapaian mereka sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan.

Selepas menyingkirkan pasukan pilihan Argentina pada suku akhir, Uruguay boleh mengatasi musuh lama mereka daripada segi jumlah kejuaraan Copa.

Maria laung amaran

Posted on the July 24th, 2011 under Sukan by

MENERUSI setiap kejohanan yang disertainya, Maria Sharapova (gambar) menyedari permainannya semakin meningkat.

Juara tiga acara perseorangan Grand Slam itu yang juga bekas pemain nombor satu dunia muncul naib juara pada kejohanan tenis Wimbledon awal bulan ini selepas layak ke separuh akhir pada Terbuka Perancis Jun lalu.

Dia menyertai kejohanan Klasik Bank of the West di Universiti Stanford yang bermula esok dengan menduduki ranking kelima dunia.

Ia kali pertama dia berada dalam kelompok lima teratas dunia sejak 2008, tahun sama menyaksikannya menjalani pembedahan di bahunya yang tercedera.

Semangat tak terjejas

Posted on the July 23rd, 2011 under Sukan by

SINDIRAN jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho nyata tidak disenangi Datuk K Rajagobal namun itu tidak bermakna tumpuannya untuk membimbing skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini terjejas.

Sebaliknya, pengendali negara yang membawa Harimau Malaya ke mercu kejayaan pada Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu itu yakin barisan pemainnya bersedia ‘membaham’ Singa bagi memastikan situasi lebih selesa sebelum perlawanan timba balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.

“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.

‘Metro, tak mau cakap’

Posted on the July 23rd, 2011 under Sukan by

TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim melancar ‘perang dingin’ terhadap media apabila memberi reaksi negatif ketika cuba dihubungi untuk memberi penjelasan.

KOAM terus dihambat dengan belenggu permasalahan yang belum selesai bermula dengan Pusat Latihan Ranau, Sabah, isu dadah dan terbaru kes membabitkan Noraseela yang mendakwa ketiadaan jurulatih mengakibatkan prestasinya merudum, KOAM semakin mengganas.

Kontroversi yang cuba dicetuskan oleh KOAM dalam dunia sukan negara kini terus hangat apabila melakukan tindakan tidak profesional apabila menghalau atlet 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid keluar daripada pejabat KOAM di Bukit Jalil.

Khamis lalu Karim bertindak di luar jangkaan apabila menengking seterusnya menghalau Noraseela keluar daripada pejabat KOAM di Bukit Jalil.