Author Archive
LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Pemandu bas ekspres berkenaan, Ismail Naim, 52, berkata dia terkejut apabila ternampak ada objek terbang menghentam cermin hadapan diikuti bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan bas dipandunya dengan segera.
KALUMPANG: Sebuah resort terkemuka di daerah ini, diarahkan ditutup secara berperingkat-peringkat berikutan penemuan virus kencing tikus (leptospirosis) menyebabkan kematian seorang remaja Jun lalu.
Remaja berkenaan disahkan dijangkiti virus berkenaan ketika mandi di kolam renang resort berkenaan.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penutupan bermula Jumaat lalu, jam 11.35 pagi bertujuan penyiasatan lanjut termasuk kerja perawatan air dan pembasmian kuman di resort berkenaan.
Katanya, resort berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada awal Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Keputusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil semula lapan lot tanah di Kampung Sungai Penchala berhampiran Jalan Datuk Sulaiman nyata mengundang persoalan di kalangan pemilik tanah.
Pengerusi persatuan penduduknya, Datuk Abul Hassan berkata, baik DBKL mahu pun PTGWP tidak pernah memaklumkan kepada persatuan penduduk mengenai perkara itu, sebaliknya hanya diketahui melalui surat pengambilan tanah oleh kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 9 Jun lalu.
“Pengambilan lapan lot tanah terbabit bertujuan untuk pembinaan jalan keluar masuk untuk projek pemaju yang dijalankan dalam kawasan berkenaan.
AMPANG: Terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan kad kredit dan akaun bank yang mengaku kononnya pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), seorang pengurus syarikat kerugian sehingga RM340,000.
Mangsa berusia 34 tahun dihubungi anggota sindiket berkenaan yang memberitahu maklumat peribadi akaun bank miliknya dicuri pihak tertentu bagi tujuan penipuan.
Akibat panik dengan amaran itu, mangsa kemudian menurut arahan anggota sindiket yang meminta dia membuat pemindahan wang ke dalam akaun lain yang didakwa milik pegawai BNM untuk mengelak wangnya ‘hangus’.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mangsa membuat dua transaksi pada hari sama, masing-masing berjumlah RM79,000 dan RM262,000.
IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah apabila sebuah rumah teres setingkat dipercayai dijadikan makmal mini diserbu di Lengkok Hillview, Gunung Rapat, di sini, pagi semalam.
Serbuan jam 5 pagi itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi semalam berkata, dalam serbuan itu empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita ditahan ketika leka memproses dadah di rumah berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh berat sebenar dadah yang dirampas.
GEORGETOWN: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsaberusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.
Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.
SHAH ALAM: Seorang penjual kuih dan rakannya, peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir lima kilogram (kg) ganja berhampiran taman permainan di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Za’ba Abdul Talib, 25, dan Musa Maarof, 43, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Abdul Alim pada penghakimannya berkata, mahkamah menerima keterangan saksi pendakwaan bahawa sumber polis membawa kepada penangkapan Mohd Za’ba dan Musa bersama-sama dadah di tempat kejadian.