Author Archive

“Diana Masih Dalam Proses Matang Kandungan” – Farid Kamil

Posted on the June 10th, 2013 under Artis by

Akhirnya Farid Kamil membuka mulut tentang spekulasi konon isterinya, Diana Danielle telahpun melahirkan bayi lelaki hujung bulan lalu di Australia. Melalui satu video Keek milik syarikat tempatnya bernaung, Farid Kamil memberitahu bahawa Diana Danielle ketika ini sedang dalam proses matang kandungan dan masih berada di Australia dan dijangka akan bersalin pada 15 Julai 2013 ini.

Orang kata apa, Err (Diana Danielle) sedang menjalani proses matang kandungan selama berada di sana. Di jangka lahir bulan 7 insyaAllah, 15 haribulan. Sama-sama kita doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi untuk selesaikan kerja-kerja saya.

Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya. In advanced!

Itu Bukan Gambar Anak Farid Kamil – David Teo

Posted on the June 10th, 2013 under Artis by

Susulan daripada pelbagai spekulasi yang timbul berhubung sekeping foto yang dimuat naik oleh Farid Kamil bersama seorang bayi lelaki semalam, akhirnya segala kontroversi tersebut terjwab apabila David Teo mengesahkan bahawa bayi dalam gambar itu bukan anak Farid dan Diana.

Menurut David Teo, baru-baru ini dia ada melawat pelakon tersebut di kediamannya di Bandar Saujana Putra, dan pada ketika itu beliau ada bertanya kepada Farid soal perancangan pelakon itu dalam menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Ini kerana, kalau ikutkan tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya di Bandar Saujana Putra, seperti yang diketahui ramai Farid patah tulang bahu selepas terjatuh daripada motosikal baru-baru ini.

Anak perempuan rimas pakai baju

Posted on the June 10th, 2013 under Tempatan by

Inilah ruang tempat Mek Yah makan dan dia tidak diberikan pinggan serta gelas kaca atau plastik kerana setiap kali selepas makan semuanya itu akan dipecahkan.

KEMAMAN – “Sejak tiga tahun lalu, penyakit anak perempuan saya makin teruk, dia mula rimas pakai baju dan berbogel sepanjang masa,” keluh Nafisah Muda, 55, yang berdepan ujian bertimpa dalam keluarganya.

Nafisah berkata, bukan sahaja anak keempatnya menghidap penyakit misteri, malah suaminya juga perlu diberi perhatian kerana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan

Posted on the June 10th, 2013 under Tempatan by

Kenderaan ini turut terperosok bawah pacuan empat roda.

ALOR GAJAH – Seorang bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 215.8 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang kelmarin, Noridah Anin, 25, seorang kakitangan swasta berkata, dia yang memandu kereta jenis Proton Saga gagal mengelak sebuah motosikal Honda Wave yang terbabas selepas bergesel dengan sebuah van.

Pasukan penyiasat bebas ditubuh siasat runtuhan

Posted on the June 10th, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.

Beliau berkata sebuah pasukan penyiasat bebas terdiri kumpulan pakar akan diwujudkan untuk mengenal pasti sama ada runtuhan itu disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), kompetensi pekerja atau masalah lain.

“Kita kena kaji keseluruhan insiden untuk dijadikan rujukan jangka panjang. Kalau libatkan kelemahan daripada segi SOP maka kita kena cari jalan untuk tambah baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

UEM Builders perjelas syarikat bukan kontraktor utama

Posted on the June 10th, 2013 under Tempatan by

UEM Builders Bhd hari ini menjelaskan bahawa syarikat itu bukan kontraktor utama bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan Jumaat, UEM Builders berkata syarikat hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.

“Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung,” katanya.

Empat kereta hangus dikhianat

Posted on the June 10th, 2013 under Tempatan by

ANGGOTA bomba memadamkan api yang memusnahkan empat buah kereta di Apartmen Rista Villa, Taman Putra Perdana dekat Puchong kelmarin.

KUALA LUMPUR – Empat buah kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Apartmen Rista Villa, Taman Putra Perdana dekat Puchong kelmarin terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kebakaran pada pukul 1 pagi itu dipercayai berpunca dari sebuah kereta Perodua Viva sebelum merebak dan merosakkan pula tiga buah kenderaan lain yang terletak berhampiran kereta tersebut.