Atuk kecewa cinta hampa

Posted on the June 20th, 2012 under Tempatan by admin

BUKTI…Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.

REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Harian Metro



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/acak.CSeven Jhon Acak

    kesian pak cik ni… tula dia prempuan zmn skarang ni..bila dh dimewahkan..cpt lupa daratan..xsedar diri..huhuhu..

  • Acuilah

    budak 2 muda sngt lagi… x sesuai dijadikan isteri.. berilah dia ruang dan peluang untuk mengejar impian dulu

  • ssk

    Tak salah mencari pasangan, tetapi kena tgk juga perbezaan umur, budak tu masih budak lagi, banyak benda dia kena belajar lagi, pak cik kena cari yg umur bersesuaian dgn pakcik.

  • http://www.facebook.com/noorshafinazarshad Shafinaz Arshad

    macam mana, bukan jodoh katakan… harap bersabar

  • Cikbidan

    kena cr yg sesuai ngan umur..beri peluang dia nk cari cita2.

  • melayu jati

    tak sedar diri ke dah tua.nak selera yg muda je..
    umur mcm tu nak dijadikan bini..alahai atuk
    carilah calon bini yg brpengelaman skit…jadikan
    ini 1 pengajaran utk atuk2 kat luar sane yee….

  • http://www.facebook.com/nita.nitalovefely Nita Nita Lovefely

    mungkin bkn jodoh,klo jodoh pasti tk akan kmna…

  • Miemiey0305

     mmg perlu pn d bg pluang..btl jg kta awk 2..tp,1 hal awk kna tw..awk fkr tndkn gds muda 2 bek ke? kl pn xsuka,xptut wt cm 2..mgkn dy xsdr dri dh tua..tp skurg2ny c tua x hipokrit..bg sy la,pmpuan cm 2,tabur jk duit..bla2 ble dpt..

  • Miemiey0305

     urmmm…nice name..tp xla jati sgt pn..bkn nk cr gdh,tp nk pbtlkn skt ayt 2..ble kn??
    andai la kmu yg brda kt posisi c tua 2,kmu kn ckp ke yg kmu 2 xsdr dri..?? xkn..coz,kt dunia ni,sume nk mkn fresh..e2pn tplg pd indvdu..ikt slera msng2..c tua 2 mgkn xsdr dri..tp skurg2ny dy xhipokrit..dy xtpu..xjg ambl ksmptn..pmpuan jk xtw nk d untung..sy pmpun jg,sy xkta pmpuan sume pmpuan jht.g2 jg llki..tp dunia krg dh kjm..

  • Warga Prihatin

    x sedar diri punya org tua…byk g ppuan yg layak ‘dikesiani’ dr dia bela budak belasan thn mcm tu..x ker sesuai jd anak kan…mmg x sedar lah ni..dh mamaiii….

  • Syafiqah Karim

    Budak tu nak mainkan atuk tu je.. Kesian.. Lagipun atuk larat ke nak kahwin lagi -_- Kalau kahwin pun macam mana lah masa depan budak tu nanti..

  • Syafiqah Karim

    Atuk main SMS doh !

  • az

    atok oh atok..!