Ally Iskandar Sah Jadi Suami

Posted on the January 20th, 2012 under Artis by admin

Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli pada jam 10.00 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.

Gua

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan

Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing.

Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas.

Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasangan tersebut merupakan orang Terengganu.

Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal, 26, tetapi hanya bertahan selama lima bulan apabila ikatan pertunangan itu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.

mStar


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Fizahyien

    sama je posing korang…muka pn npak seiras ckit2 msti jodoh brpanjangan hga ke akhir nyawa….amin…

  • Nurul Hafini

    Alhamdulillah…semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

  • Ehan_purple

    mmg muka seiras…nmpak sepadan …moga bahagia hingga hujung nyawa

  • Dianzariz

    comel! sepadan sgt!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=737656379 Mast Khaz

    alhamdulillah..tahniah

  • Ojasmawati

    thniah,smg brkekaln dunia akhrt,amin.

  • purple

    bila tgk diorg ni senyum seiras je…semoga bhagia kekal ke akhir hayat

  • Kamalfumi

    SENYUM SAMA…CAYALAH N TAHNIAH..SEMOGA DIBERKATI…AMIN…
     

  • Nurul_hidayah14

    tahniah…..semoga berkekalan hingga akhir hayat….
     

  • http://www.facebook.com/people/Adibah-Masni/100001754289087 Adibah Masni

    SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU CICIT…..

  • shima

    congrats ally n wife…semoga kekal bahagia selamanya…amin

  • Bintang Suram

    BINTANG SURAM : Tahniah :)

  • Nuraininsofiya123

    allhamdullilah akhirnya ally iskandar dapat jugak teman hidupnya

  • Asyfazulaikha

    tahniah….semoga berbahagia hingga akhir hayat..:)

  • Hidzafiq

    i like it..tahniah

  • SYIFA DESSERTS

    TAHNIAH ALLY N ISTERI

  • http://www.facebook.com/people/Diela-Irwan/100001205858197 Diela Irwan

    alhamdulilah……semoga berkekalan hingga ke akhir hatat…and bkeklan ke anak cucu…..

  • miea..

    sama cantik.. sama padan.. selamat pengantin baru.. smoga bahagia, selamat,  n bkekalan hingga akhir hayat.. 

    *p/s = jgn pakai inai ukir tau masa majlis kenduri nnt.. kerana ia akan menampakkn kita ni ikut budaya agama lain.. manis lagi menawan bila tgk inai hanya dijari..(“,)..

  • http://www.facebook.com/people/Diela-Irwan/100001205858197 Diela Irwan

    alhamdullillah semoga pnjang umur and murah kan rezeki…

  • Nyempreng82

    Tahniah pada ally iskandar…dh lame tggu saat ni kan???moga cepat dpt baby……