Akibat Meruntuhkan Masjid 40 Orang Hindu Buta

Posted on the June 17th, 2012 under Agama by admin

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

Wallahu’alam….

Kiriman: HambaAllah



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Andremirza

    asstafirullah allazim

  • pejuang keadilan

    itulah balasan kepada orang yang x puas hati dengan Islam…padan muka kerana suka mencari pasal…

  • Anuar Al-Shariff AS

    semoga mereka terima taufik hidayah allah swt atau kekal dalam neraka 

  • Bebas

    mudah2an mereka dpt hidayah Islam.

  • Yang lemah

     pejuang keadilan :   ko patut doa yg terbaik utuk semua orang.. bukannya mengutuk padan muka itu ini.. aduh… semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah pada manusia yg masih hidup..

  • Rockstar7045

    Saya pernah terbaca ada di antara rekrut yg ditugaskan merobohkan masjid ini telah kembali kepada Islam. Alhamdulillah. Jika itu akibat dan kesan pencerobohan masjid ini, ia satu peristiwa yg berbaloi. Pada saat kita umat Islam dilanda kesedihan, Allah swt berikan kita berita gembira. Saudara Islam kita bertambah.

  • http://twitter.com/khairulzafierah Zafierah Amrullah

    Mudahan dapat hidayah dari Allah lepas dapat balasan tu.

     

  • Alcofinn79

    Yg baik dtgnya dr Allah.. Yang buruk datangnya dr manusia itu sendiri.. Jdkan pengajaran dn semoga mereka mndapat hidayah dariNya…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001370600135 Mohd Dali Mansor

    semuga hati mereka terbuka mendekati dan menerima Islam…

  • Mohd Adiel

    suatu hari nanti harap semua org yg meruntuh kan masjid nin akan dapat masuk islam amin

  • Fiqa0104

    Ish2
    Harap2 mereka sedar

  • Alvernowolfric

    Allah Maha Besar, tak hanya akan diam….

  • Yadzli Amn

    Subhanallah… Semoga azab Allah swt tu tak tertimpa kpd pekerja2 Majlis Daerah yg merobohkan surau di Berembang. Memang manusia cepat patuh pada perintah ketua jabatan TETAPI kita seringkali lupa bahawa Allah swt itulah yg satu2nya KETUA YG WAJIB KITA TURUTI. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan drp Allah swt keatas segala kesilapan kita. Allahu Akbar.

  • Pingback: 40 Orang Hindu Buta Akibat Meruntuhkan Masjid « Syatariah's Blog

  • Asifcomel

    Di Malaysia, orang Islam sendiri yg meroboh masjid. Contoh yg popular dan menyayat hati umat Islam setempat adalah perobohan masjid di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang beragama Islam! Peristiwa ini berlaku lebih kurang 8 tahun yg lalu semasa Idris Jusoh adalah menteri besar.

    Mereka2 yg terlibat telah ramai yg meninggal dunia kerana diserang penyakit misteri. Menteri yg terlibat juga tidak menjadi menteri besar lagi. Semoga Allah memberi hidayah kpd mereka semua. Allah maha berkuasa!

  • Amin

    Subhanallah… Telah diriwayatkan mereka yang belum islam pada waktu menjelang kiamat akan dibukakan pintu untuk mereka bertaubat & kembali ke Islam… Islam adalah agama yang benar… ALLAHU AKBAR…