Abby Abadi dituduh dapat hidayah sesat

Posted on the June 27th, 2012 under Artis by admin

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagaimendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau,pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].

Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

ReJaM© “Kalau sesat tentu dah lama PAS diharamkan oleh Majlis Fatwa… 

source: milosuam.blogspot.com



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Falah

    anjurkan Jom Heboh @ Sure Heboh….lelaki & perrempuan bukan muhrim berlepeseran…x sesat ke??? sape yg keluarkan permit tu…wallahualam

  • Temanmu75

    Hanya Allah yg maha mengetahui niat yg terselindung…..

  • http://www.facebook.com/kfeizaldzulkernain Feizal Penjejak Awan Mendung

    semoga penghijrahan abby akan menjadi pencetus rakan2 artis beliau yang lain.InsyAllah..

  • Garl_vouge

    knp bila seseorg artis itu berhijrah perlu masuk PAS…ulama2 lain x de pun buat mcm 2….

  • http://www.facebook.com/asrulshani Asrul Fur Change

    X APA ABBY KAMI BERSAMA2 MENOLONG ANDA?

  • Estilo

    Diminta para artis atau sape2 tolg la jgn men2 kn pkataan hidayah itu… hidayah adlh pmberian ALLAH S.W.T dn pabila mreka yg sudah mndapat hidayah yg sbtul hidayah… mreka tidk akn ade mase tok bsame aktiviti dunia melainkn dgn bribadat dn bzkir kpd ALLAH S.W.T….. dn owg yg mndapat hidayah, die xkn ckp kt owg len die dpt hidayah… krn heboh2 tu tnda die die msih ade sifat angkuh dn bangga diri lg… wlu papepn, ALLAH lg Maha Mengetahui….

  • http://www.facebook.com/AminTSSB Amin Tssb

     semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan iman…… sentiasa ujian pasti ada hikmahnya… insha ALLAh….

  • http://www.facebook.com/AminTSSB Amin Tssb

     sentiasa = setiap

  • None

    tul ke camtu estilo? sahabat2 nabi yg dpt hidayah tu dulu dikira angkuh ke?

  • http://www.facebook.com/rasmi.basir Rasmi Basir

    Apabila setiap insan ingin melakukan kearah kebaikan mesti ade cabarannya..spt Nabi Muhamad Rasulullah SAW semasa berdakwah telah menerima banyak cabaran yg lebih hebat walaupun baginda adalah kekasih Allah…

  • Hamba Allah

    Hijrah kerana ALLAH SWT….ALLAHU AKHBAR

  • Nora Darman78

    kenapa penghijrahan individu sering dikaitkan dlm politik, skrg nie penghujahan berlandaskan emosi mengatasi fikiran yg waras, lebih baik sokong PAS dr DAP… itu ada lah hak masing2 parti mana yg mrk sokong, apa2 pun sy sokong BN…

  • Fred_xiii

    ulamak umno ye maksud anda?? hahah

  • Wan_fadzil79

    Salam sy tdak menyebelahi mana2 pihak tp tolong jgn mengaitkan dgn nama ulamak….isu politik mmg kotor kita sebagai umat islam hendaklah memperkasakan agama untuk megangkat martabat supaya tidak sewenang2nye diperlekehkan oleh agama lain..

  • Abdul Hanif66

    Itu lah dugaan bg insan yg bertaubat, harus lah bsbar dgn sgala ujian tandnya ALLAH kasihkan hambanya maka d uji dgn pbgai ujian. Berubahnya ia bkn kerna mahkluk tp kerna ALLAH jd apa yg perlu d gusarkan, serah sgalanya kepada ALLAH………

  • Massuri67

    saudara estilo…yang penting niat tu…kalau apa pun yg dikatakan oleh sesorg yg.berhijrah ke arah kebaikan…itu adalah anugerah Allah kpd hambanya…hidayah…sama je ertinya..asalkan dalam hatinya tidak riak…saya yakin artis2 yg mendapat ¨hidayah” dr Allah swt tu tidak riak sama sekali..mereka cuma mahu berkongsi rasa syukur pada Allah swt jer….bukan mereka nak heboh2kan….kita patut suka mendengarnya…kata2 anda..sedikit sebanyak akan menvguris hati kecil merekA…Hanya Allah swt yg tahu niat seseorg…

  • Tiverronda

    Testing………….semua ulamak baik menyuruh jalan yg lurus hanya orv jahil aje yg berdegil

  • Kjobston

    Sangat betul, encik estilo

  • Kjobston

    Ya, kenapa nak glamer lagi? Tobat, nangis, amal aje lah.

  • Sampragos

    Pelik… Bila berhijrah ke arah yg lebih baik di katakan ‘sesat’ bukalah mata semua.. Berilah peluang.. Kita semua blh berubah.. Jgn ptuskan smangat seseorang… Tahniah Abby Abadi semoga terus berdakwah… I love islam