6 negara Asia akan jadi tempat latihan tentera AS, Malaysia tersenarai

Posted on the April 25th, 2012 under Luar Negara by admin

Selain di Timur Tengah, kini Amerika memperkuatkan pangkalannya di Asia pula. Hal ini disampaikan oleh menteri luar Clinton dan begitu juga yang dinyatakan oleh Obama beberapa bulan yang lepas ketika melawat ke beberapa negara di Asia.

Negara Amerika ingin memperluaskan pengaruh kepimpinannya dengan lebih mendalam di pelbagai pelusuk dunia, terutama sekali memfokuskan perhatiannya ke atas negara-negara Asia seperti China, bagi menguasai bidang ekonomi mahupun ketenteraan.

Selepas perang dunia kedua,Washington sudah pun menjajah di negara-negara rantau Asia, termasuk membina pangkalan tentera yang semakin besar dari tahun ketahun. Di Australia, Korea Selatan, Jepun dan Filiphina, yang banyak mendatangkan masalah dan menimbulkan penentangan dari penduduk sekitar itu.

Semakin pesatnya Amerika menjual pelbagai peralatan tentera di pelbagai Negara Asia, secara besar-besaran di Negara-negara penjajahan, penambahan ribuan anggota tentera di pelbagai pangkalan tentera dan juga latihan peperangan yang semakin meluas, adalah merupakan tanda-tanda akan berlakunya perang besar di Asia.

Para pemerhati tentera juga mengatakan, selain sebagai “show power” Amerika terhadap China dan Negara-negara Asia selaku aset dunia, juga memberikan beberapa aset syarikat penting Amerika yang sudah lama mengeksploitasi sumber alam di rantau Asia, terutama di Malaysia dan Indonesia.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan perang bersama-sama. Laporan AFP, Senin (27/2/2012). Jurucakap tentera AS berkata, latihan perang Key Resolve merupakan latihan perang gabungan AS dan Korea Selatan yang akan berlangsung hingga 9 Mac akan datang. Sementara itu pada 1 Mac hingga 30 April, kedua-dua AS dan Korea Selatan akan mengadakan latihan ketenteraan lain yang berpangkalan di foal Eagle.

AS menempatkan 28,500 pasukannya di Korea Selatan, pesawat jet F-15 AS juga sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk berperang. AS dan Korea Selatan juga sudah mempersiapkan pesawat pengintip serta meriam di kawasan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara.

Pada hari Sabtu minggu lalu, Korea Utara sudah memberi amaran, bila ada peluru meriam dari Korea Selatan masuk ke perairan Korea Utara, Korea Utara akan terus menyerang dan menggagalkan latihan perang itu. Korea Utara pun berjanji akan melancarkan serangan balas ke Korea Selatan.

“Pasukan dan rakyat kami akan menggagalkan tindakan dari para pengkhianat (AS dan Korea Selatan) dan melancarkan perang ala Korea Utara,” ujar pegawai Korea Utara.

Pertengahan Februari yang lalu enam negara Asia baru saja menyelesaikan latihan perang bersama Amerika. Komando Armada AS Asia Pasifik (US Pacific Command / USPACOM) 2012 memikirkan latihan perang Gabungan Bersama (Latgabma) dengan gelaran “Cobra Gold” 2012 di Thailand. Keenam buah negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Latihan dilaksanakan dalam dua tahap iaitu Geladi Posko dan Geladi Gelanggang. Delegasi Indonesia yang tergabung dalam Cobra Gold 2012, berjumlah 75 anggota, di-pimpin oleh Naib Ketua Pusat Kesihatan (Wakapuskes) TNI Brigjen TNI dr Daradjatun Moejiono.

Kadispenum Puspen TNI, Kolonel Cpl Minulyo Awang, menjelaskan, tujuan latihan ini adalah untuk melaksanakan kegiatan perancangan pasukan gabungan mengikut senario yang diperanggapkan dan menghasilkan cara bertindak (Course of Action) yang diluluskan untuk diputuskan dalam Geladi Posko (Command Post Exercise / CPX Cobra Gold 2012 ).

Selain itu, untuk meningkatkan kerja sama tentera pelbagai negara dalam rangka operasi tentera selain perang (OMSP) khususnya operasi keamanan dunia, dan bantuan kemanusiaan. Hal terpenting yang menjadi kriteria kejayaan pada akhir latihan, bukan terletak pada produk perancangan operasi yang akan diadakan dalam suatu negara yang secara rasmi meminta bantuan dunia antarabangsa, namun yang terpenting dalam kegiatan ini adalah usaha peningkatan hubungan persahabatan antara negara-negara yang terlibat dalam latihan, katanya.

Secara umumnya matlamat yang dibangunkan dalam latihan adalah penerapan mekanisme prosedur hubungan Komandan dan Staf (MDMP-M/Military Decision Making Process – Multinational), khususnya dalam perancangan kakitangan terhadap operasi keamanan dunia, yang melibatkan pasukan tertentu melalui pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB Chapter VII dan proses peralihan kepelaksanaan Chapter VI.

Jurucakap TNI Laksamana Muda Iskandar Sitompul mengatakan, “TNI mengikuti dua jenis latihan iaitu bantuan kesihatan tentera dan kemampuan kompi zeni. Fokus dari latihan bersama kali ini adalah meningkatkan perkongsian dan tenaga antara tujuh buah negara yang bergabung dalam latihan itu,” jelas Laksamana Muda Iskandar Sitompul, pada Isnin (6/2) lalu.

Menurut data Jabatan Pertahanan AS, latihan bersama kali ini juga memasukan bahan latihan komando yang menggunakan komputer, semasa latihan dan sesudah latihan. Latihan juga difokuskan pula pada latihan peningkatan operasi keamanan PBB, dan bantuan kemanusiaan.

Halim Islam Online



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Xman

    haramkan
    alasan negara ita kocik…ado udaei di sebalik  batu ..motif di hatie yahudi inie..

  • MEMEY_EVA

    alasan org kafir!!!lepas tu jgn menyesal klw malaysia dijajah oleh mereka!!mereka masuk ke dalam secara halus dan x lama lagi akan menghancurkan malaysia!!!minta pemimpin malaysia jangan benarkan mereka masuk,klw x menyesal x sudah la…percaya @ x,perkara ni terkandung dlm al-quran,org kafir berbuat baik dahulu,selepas tu tanpa diduga umat islam sudah dijajah oleh mereka..ALLAHUAKBAR

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003571127224 Lovely Moonz Ardza

    tak serik2 ke dgn apa yang kita nampak kat tv..majalah..youtube….keganasan tentera AS mcm na…???nak pompuan2,anak2 kita jadi mangsa ke????nauzubillah minzalik… paling benci bila nampak kat youtube tentera AS KENCING KAT ATAS AL-QURAN…. masih nak terima lagi ke…….dah tahu negara kecik nak disuruh berlatih kat sini buat apa…kalau ada tmpat kosong tanah berekar2 juta byk tu..bagus buat rumah tuk org susah/miskin…. kan3.. peace ur..

  • Persianpika94

    Taktik diaowg nx jajah m’sia lpas ny..

  • http://www.facebook.com/noorshafinazarshad Shafinaz Arshad

    TAK PAYAH TAK PAYAH DATANG buat menyemak jer datang. Tengok muka tentera AS pon aq benci…. Kita akan mendapat dosa besar jika kita bekerjasama dengan mereka dan membenarkan mereka “training” di sini
    Ya Allah ya tuhanku, Yang maha pengasih lagi penyayang. Aq memohon padamu ya Allah lindungi kami dari tentera-tentera AS laknatullah ya Allah sesungguhnya Kau maha pelindung. Ya Allah ya tuhanku, Kau haramkan kaki-kaki mereka untuk pijak bumi Malaysia ini ya Allah.
    Amin ya Rabalalamin
    Mari kita berdoa beramai-ramai buat solat Tahajud, solat sunat hajat supaya benda ini dilambat oleh Allah, bukan dalam hayat kita walaupun kita tahu satu hari nanti akan terjadi juga benda2 begini seperti di dalam Al-Quran & hadis iaitu perang Armageddon (WW III) & kedatangan Dajjal di mana2 kecuali Makkah & Madinah.. Ini ialah taktik halus orang2 Yahudi Laknatullah & ajen2 Dajjal yang lain

  • Syafiq_asbkj

    x payah la nak guna perkataan ‘training, untk dptkn tmpt di malaysia…. akhirnya malaysia yg dowg tawan……. kerajaan perlu pertimbangkn….

  • filahtan

    shouldnt we learn from the history?

  • Bewoxair

    eh, apala korang ni…. bukan kedatangan mereka nanti akan membawa ramai pelancong2/pelabur2/pelacur2 asing akan datang ke Malaysia? ekonomi kita akan naik? negara kita akan berstatus maju? kalau tak ada pelabur asing nanti kita akan kebulur? apala kolot betolla pemikiran korang….
    takpe…. nanti kita pakat2 tunggula musibahnya pula…. akan banyaklah pusat2 pelacuran, pub2, dll… eh? bukan ke itu tanda kemajuan sesebuah negara/negeri? pastu datangla pula laknat dr Allah… pastu… Malaysia akan jd padang jarak padang tekukur….. eh? kan nak maju? itula tanda maju? ce tengok kelantan! kan tak maju?(kata PM) mana ada pub/disko/pusat pelacuran kat situ? kan dah mundur tu? betol tak? BETOL!!!! (kepala otak ko)

  • Sham86

    erm….dieorang nak tau selok belok negara2 asia j nie,pasnie senang lah nk jajah….

  • aku tak nak dijajah…

    Bertuah ke Malaysia dipilih untuk tempat latihan A.S?silap ayat tu..bukan tempat latihan ketenteraan..tapi tempat latihan merisik dan mengintip bakal kawasan  jajahan…x mustahil Malaysia yang sekecil ini dijajah Negara penguasa dunia..fikir2kanlah…

  • Pyanjuju

     latihan ketenteran digunakan sebagai alat untuk menguji kekuatan ketenteraan negara kita,,,,untuk mengetahui taktik yg akan digunakan jika kita terlibat dalam sesuatu konfik…jgn pk keburukan jer tp pk kebaikan negara kita tidak terlibat dalam peperangan terbuka,,,kita diantara negara yg mempunyai taktik peperangan hutan yg hebat,,,

  • Pyanjuju

    AS tidak mempunyai pengkalan di Malaysia