5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri

Posted on the May 21st, 2012 under Tempatan by admin

Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat.

“Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,