40 peratus PKS tidak bersedia laksana GST: ACCCIM
KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan bahawa 40 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak bersedia untuk melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ia juga menunjukkan bahawa mereka memerlukan antara 12 dan 18 bulan untuk bersiap sedia melaksanakannya.
Timbalan Pengerusi PKS dan Majlis Nasional ACCCIM, Koong Lin Loong, berkata kaji selidik itu juga mendedahkan ramai orang merasakan sistem itu akan menyebabkan inflasi dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi.
Beliau berkata demikian semasa taklimat mengenai GST yang dianjurkan oleh ACCCIM, di sini hari ini.
Koong berkata, PKS perlu bersiap sedia kerana mereka perlu menaik taraf perakaunan dan juga sistem komputer mereka bagi sistem itu.
Mereka juga perlukan khidmat nasihat bagi memastikan keberkesanannya kepada mereka jika sekiranya sistem itu dilaksanakan.
Koong yang menyokong pelaksanaan GST itu berkata, ia adalah sistem yang lebih baik dan lebih menyeluruh bagi pengguna dan perniagaan, di mana cukai akan dilaksanakan pada empat peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada pada 16 peratus.
“Menerusi sistem cukai ini, kita akan dikenakan bayaran berdasarkan kepada berapa banyak kita berbelanja dan tidak lagi berasaskan kepada pendapatan kita,” katanya.
Sistem GST pada asalnya dijadualkan bagi bacaan kedua di Parlimen bulan lalu namun ditangguhkan bagi memastikan kerajaan dan semua pihak lebih bersedia untuk melaksanakannya.
Sementara itu, menyentuh mengenai kemungkinan peruncit menaikkan harga dengan pelaksanaan GST, beliau berkata di bawah Akta Anti Pencatutan 2010, kerajaan akan memastikan mereka tidak akan menaikkan harga secara berlebihan.
“Malahan, GST tidak akan memberi kos kepada perniagaan, peruncit akan bertindak sebagai pengutip cukai sebagai mewakili kerajaan apabila pengguna perlu membayar cukai setiap kali mereka berbelanja.
“Di bawah sistem itu, kerajaan juga boleh mengelakkan ketirisan bagi pendapatannya dalam sistem cukai. Sebagai contoh, ketika ini restoran tertentu membayar cukai jualan dan perkhidmatan mereka tetapi sebahagian tidak membayarnya,” katanya.
Koong juga berkata di kalangan negara Asia, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei tidak melaksanakan sistem berkenaan.
Beliau berkata, sistem GST itu baik bagi pertumbuhan negara kerana ia meluas dan lebih adil kepada semua pihak. – BERNAMA
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: Libya and Oil.
Source: Berita Harian
| PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |


















