27 kepala paip besi Masjid Al Faqeh dikebas

Posted on the May 1st, 2012 under Tempatan by admin

BALIK BUKIT – Selepas kabel telefon di daerah ini habis dikebas pencuri, kini kepala paip besi tahan karat dan tembaga di masjid daerah ini pula menjadi sasaran.

Dalam kejadian terbaru, sebanyak 27 kepala paip besi tahan karat di Masjid Al Faqeh hilang dikebas pencuri.

Timbalan pengerusi jawatankuasa masjid, Nodin Mohadi berkata, kejadian tersebut disedari imam muda masjid itu, Adnin Abu Bakar ketika ingin mengambil wuduk untuk solat Asar, petang kelmarin.

Menurutnya, Adnin menyedari kehilangan kepala paip itu apabila mendapati tidak ada air di bahagian paip luar masjid dan apabila diperiksa di tempat mengambil wuduk lelaki sebanyak 22 kepala paip hilang dan baki hanya tiga kepala paip di bilik itu gagal ditanggalkan.

“Di ruang mengambil wuduk wanita pula sebanyak lima kepala paip jenis sama turut hilang menjadikan kesemua jumlah yang dicuri sebanyak 27.

“Pencuri terlebih dahulu menutup bekalan berhampi-ran meter air dan kejadian tersebut dipercayai dilakukan antara waktu Zuhur dan Asar berikutan ketika Zuhur kepala paip itu masih ada,” katanya.

Nodin berkata, kecurian itu menyusahkan jemaah me-ngambil wuduk untuk menunaikan solat di sini.

Menurutnya, beliau dan jawatankuasa masjid kesal dengan tindakan individu yang tergamak mencuri kepala paip tersebut sedangkan ia tempat suci umat Islam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan kejadian curi kepala paip membabitkan masjid berleluasa di daerah ini sejak beberapa minggu lalu.

Masjid Kayu Ulul Albab tidak terkecuali dan beberapa masjid lain kawasan Hulu Besut, Jertih, Kota Putera dan Kuala Besut turut menghadapi perkara sama.

Menurut saksi yang ditemui, kesemuanya dikatakan dilakukan pada waktu siang.

Banyak pihak membuat andaian perbuatan ini dilakukan kumpulan sama bertujuan mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) memandang serius perkara itu.

Kamaruddin berkata, tindakan lanjut sedang dilakukan pihaknya bagi mengesan suspek terbabit.



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/people/Siti-Fatimah-Ima/100000855870116 Siti Fatimah Ima

    Kepala paip pon nak curi..apa la…ish2..

  • Tarasingh

    lnilah AKIBATNYA kita telah melahirkan generasi sekarang bersifat KEBENDAAN/MATERIALISTIK hasil para pemimpin yang melaungkan pembangunan dan penswastaan. Apakah ini perbuatan makhluk bukan lslam? Sebab kita panggil tukang bina bangunan dan plumber pun di kalngan bukan lslam.malu daifnya orang lslam! Atau ini angkara orang lslam yang MISKIN LAPAR pendatang asing dari lndonesia,Myanmar, lndia, Bangladesh? Manusia yang miskin lapar semua boleh mereka lakukan semata-mata mahu penuhi nafsu tembolok perut mereka! Apa sudah jadi????

  • Kongkekman

    di balun dek kaki feeds…

  • Kongkekman

    Salam..kes masjid surau ini toak habis2…10-15 tahun lalu masjid kg baru najis berteraburan kawasei jamban …lain2 hal…. sama jerr dengei kes masjid jamik kl dan lain2 masjid ..kecuali masjid india..dari 70an memang terjago…melalui pengelaman aku maso lalu…pernah jugo camping masoak nasi depan masjid negalo…. 1-2 tahun selepas di bangunkein..itu puin heboh sangat had dermawan cino tokey balak ..dri pahaei tu…bayaeing kein masjid surau hanyao di guna… sepenuh nya…. 1 hari dalei seminggu..masaalah ayour selalu terganggu menyusah kan para jemaah ….sekarang aku dooh pencen toak pernah gi…10-15 tahun dooh..mungkin dooh canggih dan maju ke hadapan agaok nyo..sua ajorr tangei ayour memancut..toak payoah no pusing memusing..ponat badei…surau khet rumah aku pun barang2 kena kebas..aku datei kl 60an..aku penah masuk tokong kuil keadaan terkawal bersih daripado 1-2 masjid yg ku lalui .. ..wallahuallam…

  • Xman

    kadak dan kadar…pejabat ugamo bayoak duit ..ganti jerr serta merta tak patoh nok tunggu2 sunggutei ramaei…..jangei menyusahkan orang ramai.. ..jago betul2..itu satu tugasei  menjago..di amanat kein…penjago kena jawap di kemudie harie..bab hak  narto olang ramei nie..jgei pandei makei gajieajorr… kalo ditugas kein… 

  • Xman

    kadangkalo ayour paip pun berbau..kurang menyenangkan..

  • Konkekman

    …….#
    terkawal bersih daripado 1-2 masjid yg ku lalui …#..de  millineum ..# inie…..wallahuallam…

  • Nontak

    penaggih dadah songlap..agak nye..laah..walahuallam