10 Manfaat Lapar

Posted on the August 15th, 2011 under Agama by admin

Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.

  1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
  2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
  3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
  4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
  5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
  6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
  7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
  8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
  9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
  10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.

Sebenarnya kelebihan berpuasa bukan sahaja telah diakui oleh agama Islam yang suci, malah dari segi perubatan telah memperakui tentang fakta puasa boleh menjadikan seseorang itu sihat.

Contoh bagi diri saya sendiri. Saya kadang-kadang ada temujanji bersama doktor. Sebelum mengambil darah untuk ujian,pasti doktor akan menyruh saya berpuasa. Ini menunjukkan puasa memberikan kesan kepada tubuh badan orang yang berpuasa.


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/people/Dayat-Hm/100000524059665 Dayat Hm

    Asalammualaikum…apayang penting semua yang dinyatakan adalah rezeki dari ALLAH SWT,marilah kita kembali kejala Nnya..tingkatkan taqwa dibulan yang mulia dan barokah…..mudah sekali untuk mendapat sebahagian dari taqwa itu ialah maafkan kesalahan orang lain keatas diri kita…InsaAALLAH
     

  • http://www.facebook.com/people/Byan-Anto/100000117891412 Byan Anto

    apakah yang liput ini orang Melayu,.kok uang aja jd Wang. karrena jadi kerana,..perut jadi perit,…D;

  • Hot Flowers

    ini pengunaan Bahasa Malaysia. Rencana yg ditulis utk ruangan dlam akhbar harian Metro.. Akhbar Malaysia.. ;-)